Salam wa rahmatollah. Dengan nama Allah, serta solawat ke atas Nabi dan keluarganya.
Untuk lebih dari setengah abad, Ayatollah al Uzma al Khoie menjadi
sumber rujukan yang nyata dan jelas bagi ramai sarjana yang pernah
menjadi pelajar beliau, yang kemudiannya menjadi susuk ulama yang
agung. Antara pelajar beliau yang paling menyerlah, ialah Ayatollah
Sistani, yang terkenal dengan kebijaksanaan, ketinggian ilmu dan
berbakat besar. Di sini, saya akan membincangkan seringkas mungkin
tentang biografi marja al taqlid saya agar dapat dikongsi oleh kita
semua. Semoga Allah swt melindungi semua ulama kita, dan menjadikan diri
kita mencontohi sifat mulia mereka.
Kelahiran
Ayatullah Al-uzhma Sistani dilahirkan di bandar Mashad pada tahun 1349 H. dan dari keluarga ulama yang taat beragama.
Setelah menamatkan ilmu-ilmu asas dan peringkat menengah ( suthuh
), beliau mula mengkaji ilmu mantiq dan teologi di bawah bimbingan
guru-guru besar hauzah. Di bandar kelahirannya pula beliau memulakan
kajian-kajian Bahtsul kharij fiqih dan menyelesaikannya dengan baik di bawah bimbingan Allamah Mirza Mahdi Isfahani ra
Pada tahun 1368 H., beliau berhijrah ke bandar Qom. Di sana beliau
meneruskan kerjaya ilmiahnya dalam bidang ilmu fiqih dan ushul fiqih di
bawah asuhan sejumlah ulama ‘dan ahli undang-undang tempatan, termasuk
marja’ (pemegang kuasa ijtihad) besar masa itu, Ayatullah Al-uzhma Sayid
Burujerdi ra yang menjadi gurunya dalam ilmu ushul dan fiqih.Selain
itu, Sayid Sistani juga belajar banyak ilmu yang lain, khususnya ilmu Rijal dan hadis pada beliau.
Pada kesempatan lain, beliau juga hadir dalam rangkaian kuliah-kuliah
Sayid Hujjat Kuhkamarei ra, seorang ahli undang-undang tersohor dan
ulama-ulama yang lain secara intensif.
Genap 3 tahun pendidikan agama di Qom, Ayatullah Al-uzhma Sistani
kembali ke Najaf, Iraq; pusat kegiatan ilmiah dan spiritual, pada tahun
1371 H.
Di Najaf, beliau mengikuti kuliah mujtahid-mujtahid kaliber dunia secara intensif, seperti Ayatullah Al-uzhma Hakim. Di bidang fiqih dan ushul, beliau lebih aktif mengikuti kuliah-kuliah Ayatullah Al-uzhma Khu `i ra, dan selama sepuluh tahun, Ayatullah Sistani mengikuti satu pakej lengkap ilmu ushul yang diberikan oleh Syeikh Husein Al-Hilli.
Pada tahun 1381 H., beliau membuka kuliah perdananya dengan kajian istimewa kitab Al-Makâsib , karya Syeikh Ansari ra kemudian dilanjutkan dengan mensyarahi kitab Al-’Urwatul Wutsqâ
. Selang 3 tahun kemudian, beliau memulakan pakej istimewa dalam bidang
ushul.Beliau menutup pakej usul yang ketiga pada bulan Sya’ban 1411
H. Sebahagian besar kuliah-kuliah ilmiah beliau ditranskrip oleh
murid-muridnya.
Yang Bijaksana
Dalam setiap kajian dan kuliah guru-guru besar, Ayatullah Al-uzhma Sistani selalu tampil dengan potensi dan kapasiti kecerdikan yang luar biasa. Beliau tampak unggul di tengah-tengah peserta kuliah.
Kritik dan deria kepekaan ilmiahnya tidak kalah tajamnya dengan
percakapannya dalam menganalisa permasalahan fiqh dan ilmu rijal,
ataupun pengenalannya yang luas akan teori-teori yang berkembang di
berbagai bidang keilmuan.
Perhatikan bahawa dalam hal kecerdikan terdapat persamaan antara
beliau dan Syahid Shadr ra Ijazah ijtihad yang diterimanya daripada dua
guru besar; Ayatollah Al-uzhma Khu `i ra dan Allamah Syeikh Husein
Al-Hilli ra adalah bukti atas darjat kebijaksanaan beliau.
Dan bukan rahsia lagi, bahawa Ayatullah Al-uzhma Khu `i ra tidak
pernah memberikan ijazah bertulis kepada satu pun dari murid-muridnya
selain kepada Ayatullah Al-uzhma Sistani dan Ayatullah Syeikh Ali
Falsafi.
Bahkan pada tahun 1380 H., beliau telah menerima ijazah ijtihad
bertulis daripada pakar hadis terulung masa itu, Allamah Buzurg Tehrani
yang mengagumi wawasan pengetahuan beliau dalam bidang ilmu rijal dan
hadis. Ertinya, belum genap 31 tahun, Ayatullah Al-uzhma Sistani telah
mencapai darjat keilmuan yang tinggi.
Karya Ilmiah
Hampir 34 tahun yang lalu, Ayatullah Al-uzhma Sistani telah memulakan kuliah istimewa fiqh, ushul dan Rijal . Di sepanjang tahun-tahun itu, beliau menyelesaikan kajian-kajiannya seputar makasib, thaharah, solat, qadha ` , khumus dan beberapa kaedah-kaedah fiqh seperti riba, taqiyah dan ilzam
. Khusus di bidang ushul, beliau telah menyelesaikan kuliah-kuliah
ushulnya selama tiga pusingan. Sebahagian dari bahasan pusingan-pusingan
ini, seperti prinsip-prinsip praktikal, kini sedang diproses untuk
segera diterbitkan.
Bahkan Syeikh Mahdi Murwarid, Allamah Sayid Habib Huseiniyan, Sayid
Murtadha Isfahani, Allamah Sayid Ahmad Madadi, Syeikh Baqir Irawani dan
ulama-ulama serta pengajar-pengajar ulung Bahtsul kharij , acap kali merujuk kepada kajian-kajian beliau sebagai rujukan dan objek pembangunan ilmiah mereka.
Di samping kegiatan mengajar dan mendidik, Ayatullah Al-uzhma Sistani
sangat produktif sekali melahirkan karya-karya tuils, termasuk
mentranskrip kuliah guru-guru besar beliau, di antaranya:
1) Syarah kitab Al-’Urwahtul Wutsqa
2) Kajian-kajian Ushul
3) Bab Qadha `
4) Bab Bai ‘
5) Risalah tentang Pakaian Mayat
6) Risalah tentang kaedah Yad
7) Risalah tentang Solat Musafir
8) Risalah tentang kaedah Tajâwuz wal faragh
9) Risalah tentang Qiblat
10) Risalah tentang Taqiyah
11) Risalah tentang Kaedah Ilzam
12) Risalah tentang Ijtihad dan Taklid
13) Risalah tentang Kaedah La Dharara wa La Dhirar
14) Risalah tentang Riba
15) Risalah tentang Nilai Kesahan ( Hujjiyah ) Surat-surat Ibnu Abi ‘Umair
16) Kritik atas Risalah Tashhih Asanid Ardabili
17) Syarah Masyayikhah At-Tahdzibain
18) Risalah tentang aliran ulama klasik tentang nilai kesahihan hadis
Dan beberapa karangan serta risalah ilmiah lain berkenaan dengan undang-undang khusus bagi mukallid.
Kaedah Kajian
Terdapat sejumlah keistimewaan metodologi yang dimiliki oleh
Ayatullah Al-uzhma Sistani yang tidak ditemui dalam kaedah-kaedah kajian
guru-guru besar kontemporari di sepanjang kajian-kajian ushul,
antaranya:
A. Mengikuti kronologi pembahasan dan menjejaki landasan-landasan pemikiran yang terkadang politik, teologi bahkan falsafah.
Sering kali pendekatan sejarah mampu menguak aspek dan
dimensi-dimensi hakikat suatu masalah serta memperjelas cara pandang dan
penyelesaian yang pernah diajukan para ahli.
B. Perbandingan antara pemikiran tradisional dan perkembangan
sastera-budaya kontemporari, seperti yang beliau terapkan dalam
bahasan-bahasan makna kata-kata.
C. Perhatian khusus beliau terhadap prinsip-prinsip asas ushul fiqh yang berkaitan dengan masalah-masalah fiqih
D. Sudut pandang sosiologis sebahagian fuqaha `kerap memaknakan dan
menterjemahkan teks-teks tradisional secara kontekstual. Pemahaman
mereka terbatas pada redaksi kata dan kalimat, tanpa mau menyentuh
makna-maknanya yang lebih luas. Sebaliknya, sebahagian lain melibatkan
situasi dan keadaan yang menyertai penyabdaan teks-teks tersebut,
sehingga dapat diketahui peristiwa-peristiwa yang berperanan langsung
dalam denotasi (Semantika) teks-teks itu.
Sebagai contoh, sebuah hadis menyebutkan bahawa Nabi SAWW (di perang
Khaibar) menyatakan haram memakan daging keldai. Sebahagian fuqaha
`mempelajari redaksi hadis ini secara harfiah; huruf demi huruf,
sehingga mereka sampai pada sebuah kesimpulan bahawa daging tersebut
berdasarkan hadis di atas adalah haram.
Padahal, jika kita cermati situasi dan keadaan yang melingkupi
penyabdaan hadis tersebut, kita akan menyingkap inti maksud Nabi SAWW di
balik hadis itu. Perang melawan kaum Yahudi Khaibar memerlukan banyak
peralatan senjata, yang hanya mungkin dibawa oleh haiwan-haiwan seperti
kuda, unta dan keldai. Dengan demikian, dapat kita simpulkan bahawa
maksud hadis itu adalah larangan demi suatu maslahat sementara waktu
keadaan saat itu menuntut suatu perintah yang bukan kategori penetapan
undang-undang syariat; haram ataupun makruh.
E. Kecakapan dan pengalaman beristinbat (kesimpulan
undang-undang). Ayatullah Al-uzhma Sistani berpandangan bahawa seorang
faqih mesti mengetahui tata bahasa Arab, prosa, syair, dan metaforanya
secara sempurna, sehingga ia mampu memahami dan mengklasifikasikan
teks-teks daripada (tradisional) berdasarkan objek, bukan esensi.
Lebih dari itu, hendaknya seorang faqih mengenal dengan cermat
hadis-hadis Ahlul Bayt as dan perawi-perawinya, kerana pengetahuan ilmu
Rijal bagi seorang mujtahid merupakan keharusan mutlak.Kehandalan dan
pengalaman beliau dalam beristimbat nampak pada kesimpulan-kesimpulan
hukumnya yang unik dan berbeza dengan pendapat-pendapat yuridis yang
umum di kalangan fuqaha `.
Adapun metodologi fiqh beliau dapat kita urut sebagai berikut:
a). Perbandingan antara fiqh syi’ah dan pelbagai mazhab Islam. Tidak
syak lagi, mengenal pemikiran fiqh Ahlussunnah di masa-masa penyusunan
kitab-kitab induk hadis dapat menyempurnakan pemahaman kita akan
maksud-maksud para imam ma’shum as dari suatu hadis dan riwayat.
b). Pemanfaatan disiplin ilmu-ilmu undang-undang kontemporari pada
sebahagian bab-bab fiqih, seperti menelaah undang-undang dasar negara
Iraq, Mesir dan Perancis. Ketika membahas bab Bai ‘ (jual-beli) dan Khiyârât
, karena pengenalan kaedah-kaedah transaksi terkini banyak memperkaya
pengalaman-pengalaman bagi seorang mujtahid atau faqih, dan membantunya
dalam menganalisa kaedah-kaedah fiqh serta memperluas wawasan tipikal
pemikirannya, untuk kemudian menerapkan mata-mata penting yang
didapatkannya.
c). Ayatullah Al-uzhma Sistani berupaya menspesifikasikan sebahagian
kaedah-kaedah fiqh, pada saat sebagian mujtahid kita masih menggunakan
kaedah-kaedah itu seperti mana mereka menerimanya dari mutahid-mujtahid
terdahulu.
Keperibadian yang Luhur
Siapa saja yang bergaul dan bersua dengan beliau dari dekat, akan
dengan mudah mengenal sebuah keperibadian ciri-ciri dan ideal. Keluhuran
peribadi Ayatullah Al-uzhma Sistani meletakkan dirinya sebagai sosok
teladan yang unggul dan ulama rabbani .
Ini contoh mulia dari etika mulia Ayatullah Al-uzhma Sistani yang pernah disaksikan:
1. Bijaksana dan menghormati pendapat. Beliau
mencintai ilmu dan fanatik pada ma’rifat dan pencapaian hakikat. Oleh
kerana itu, beliau selalu menghargai pendapat orang lain.Beliau selalu
bersama kitab. Beliau tidak merasa cukup dengan menyemak dan menelaah
pendapat ulama-ulama lain. Bahkan dalam kesempatan tertentu, beliau
mengkaji serius sejumlah pembahasan sebahagian ulama yang mungkin tidak
cukup menarik. Semua ini menunjukkan perhatian khusus dan penghormatan
beliau yang luar biasa terhadap pendapat orang lain.
2. Sopan dalam berdiskusi. Sering kali situasi
perbahasan dan perbincangan antara para pelajar dengan pengajar mereka
di hauzah Najaf khususnya, penuh dengan kekasaran.
Meski tidak jarang situasi yang demikian memberi banyak manfaat bagi
pelajar-pelajar itu sendiri. Namun pada masa yang sama, kekasaran dan
ketegangan bukanlah cara yang sihat dalam perbincangan, bahkan acapkali
melemahkan semangat perbincangan para pelajar, mensia-siakan masa dan
tujuan Ilmiah.
Berbeza dengan kuliah-kuliah Ayatullah Al-uzhma Sistani dan
peserta-pesertanya. Interaksi antara pengajar dan pelajar berlangsung
dalam atmosfera yang sopan dan damai. Hal itu nampak lebih jelas lagi
ketika beliau menjawab soalan-soalan remeh, bahkan tak
berdasar.Keistimewaan lain dari kuliah-kuliah beliau, mengulang-ulang
sebuah jawapan sehingga pelajar memahami benar objek perbahasan. Jika
pelajar berkeras pada pandangan peribadinya, beliau selalu memilih diam.
3. Mendidik. Profesi mengajar bukan sarana mencari
nafkah, bukan pula sebuah kewajiban yang memaksa seorang guru untuk
mengajar. Guru yang baik semestinya mendidik anak-anak didiknya dan
mengantarkan mereka sampai pada jenjang keilmuan yang tinggi dan
meninggi. Untuk itu, diperlukan cinta dan kasih sayang dalam proses
pendidikan. Tidak sedikit kita dapati manusia-manusia yang tak kenal
diri dan malas, namun di lain pihak kita dapatkan guru-guru yang tulus,
penyayang dan penuh pengertian. Tujuan utama mereka hanya menunaikan
misi pengajaran dan pendidikan sebaik mungkin.
Di hauzah Najaf, Ayatullah Hakim dan Ayatullah Khu `i ra dikenali
sebagai simbol etika terpuji, dan segala yang kusaksikan dari
keperibadian Ayatullah Sistani tidak kurang dari akhlak guru-guru
beliau.
Di akhir setiap pelajaran, beliau selalu meminta murid-murid untuk
bertanya. Beliau selalu menekankan pada murid-murid agar menghormati
para guru dan ulama, serta bersikap sesopan dan seramah mungkin dalam
bertanya atau berbincang dengan mereka. Di samping itu, beliau banyak
menukil kisah-kisah budi luhur guru-guru beliau.
4. Takwa. Sebagai ulama Najaf Asyraf, beliau selalu
berusaha menghindari segala bentuk pertikaian dan benturan. Walaupun
sebahagian orang menilai, sikap itu tidak lain dari pelarian diri dari
kenyataan atau kerana perasaan takut dan lemah diri. Namun, jika kita
amati masalah di atas dari lain aspek, pertikaian dan benturan pada
dasarnya adalah satu hal yang positif, dan bahkan menjadi penting dan
mesti di sebahagian kes.
Maka, jika ulama-ulama itu menghadapi bahaya yang mengancam maslahat
dan keutuhan umat Islam atau hauzah seperti pergolakan sosial atau
kerancuan di sebahagian ajaran-ajaran Islam, mereka pasti akan hadir di
tengah kemelut, kerana mereka menyedari benar bahawa setiap ulama mesti
hadir dengan ilmunya dalam situasi-situasi yang sukar. Di sini,
Ayatullah Al-uzhma Sistani dalam situasi-situasi demikian lebih memilih
diam, sebagaimana dalam menanggapi situasi pasca meninggalnya Ayatullah
Burujerdi dan Ayatullah Hakim ra dan munculnya individu-individu tak
bertanggung jawab serta persaingan mereka dalam memperebutkan
kedudukan. Ayatullah Sistani konsisten dengan pendirian kuatnya
itu.Beliau sama sekali tidak pernah mahu memperjudikan tujuan utamanya
dengan kepuasan duniawi, darjat, kedudukan dan kuasa.
5. Pandangan saintifik. Ayatullah Al-uzhma Sistani
lebih dari seorang faqih. Beliau adalah seorang tokoh berpengalaman dan
pemikir dalam bidang politik dan ekonomi. Beliau mempunyai banyak
pandangan tentang pengurusan dan sosiologi serta mengikuti perkembangan
zaman kontemporari di tengah masyarakat Islam.
Kedudukan Marja ‘
Sebahagian guru-guru besar hauzah ilmiah Najaf menuturkan bahawa
selepas wafatnya Ayatullah Nashrullah Mustanbat, sekumpulan ulama
menemui Ayatullah Khu `i ra dan memohon kepada beliau agar mempersiapkan
pengganti yang memiliki kriteria marja ‘di hauzah ilmiah Najaf. Maka,
Ayatollah Khu `i ra menunjuk Ayatullah Sistani, kerana tahap keilmuan,
ketakwaan dan kepribadiannya yang kuat. Hal ini bermula dari solat
jemaah yang dipimpin beliau di mihrab Ayatullah Khu `i ra kemudian
membahas dan membincangkan risalah dan aliran sains beliau.
Ketika Ayatullah Khu `i ra wafat, beliau adalah satu dari para
pelawat jenazah Almarhum.Beliau juga yang memimpin solat jenazah
untuknya.
Setelah itu, beliau mula memegang kendali kepimpinan hauzah ilmiah
dan mula menghantar dan memberikan bahagian dan hak-hak-hak (jaminan
santunan sosial) serta menyampaikan kuliah-kuliah di atas mimbar
Ayatullah Khu `i ra
Dengan demikian, Ayatullah Sistani nampak popular di Iraq,
negara-negara teluk Parsi, India, dan Afrika, khususnya di kalangan
remaja. Ayatullah Sistani merupakan salah satu mujtahid berkaliber
dengan kedalaman ilmunya. Majoriti guru-guru besar hauzah Ilmiah Qom,
Iran dan Najaf, Iraq memberikan kesaksian atas kedudukan ilmu beliau.
Akhirnya, kami memohon kepada Allah SWT, agar selalu mencurahkan berkat beliau kepada kaum muslimin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar