Laman

Selasa, 22 Mei 2012



Dokumen perdamaian ini buat kali pertama ditanda tangani oleh kedua pihak Sunni dan Syiah setelah tercetusnya peristiwa rusuhan di Madinah pada hari Asyura lalu.

Majlis tandatangan dokumen perpaduan kedua pihak berlangsung petang kelmarin dengan tema “Integrasi keamanan seumpama keluarga” dengan kehadiran dua ratus warga tempatan yang bermazhab Syiah dan Sunni terdiri dari pegawai-pegawai Saudi di dewan al-Danah, Madinah al-Munawwarah. Majlis ini turut mendapat sokongan Amir wilayah Abdul Aziz bin Majid dengan kawalan keselamatan yang sangat ketat.
Dokumen ini ditandatangani oleh Tahir Abdul Mun’im al-Hajuj dan Soleh al-Jud’an daripada pihak Syiah Madinah. Manakala pihak Ahlusunnah pula ditandatangani oleh Faisal Abu Rab’ah dan Sulaiman bin Ghamid al-Sa’idi dari wilayah al-’Ashbah.

Dokumen ini mengandungi butiran kerjasama kedua pihak tentang persaudaraan Syiah dan Sunni, kerjasama dalam aktiviti sodial, menentang fitnah dan penghinaan, serta penekanan terhadap keamanan serantau.
Baru-baru ini sambutan Asyura di Madinah al-Munawwarah dicemari dengan kumpulan ekstremis Wahabi yang menyerang para hadirin majlis Asyura dengan batu dan kayu di wilayah al-Quba.

Serangan ini menyebabkan kecederaan beberapa orang hadirin dan kemusnahan harta benda awam. Meskipun begitu pasukan polis telah menangkap 38 orang Syiah dan sedikit sekali Wahabi yang ditahan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar