Laman

Selasa, 22 Mei 2012

Di dalam al-Quran tidak ada sebab yang mengkafirkan Syiah, saya solat dibelakang Syiah, tidak ada seorang pun ahli tafsir Ahlusunnah berkata bahawa Syiah ada Quran yang lain. Syeikh al-Azhar turut memaklumkan ia ingin menziarahi Najaf.

Syeikh al Azhar, Ahmad al Tayyeb

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) – Ahmad al-Tayyib, presiden Universiti al-Azhar Mesir menegaskan tindakan beberapa saluran televisyen yang mengkafirkan Syiah tidak dapat diterima dan ditolak. Kata beliau, “Di dalam al-Quran tidak ada sebab yang mengkafirkan Syiah”.

Al-Tayyib berkata, “Saya solat di belakang Syiah dan tidak ada al-Quran lain di sisi Syiah seperti yang selalu kita dengar dari khabar angin”.

Tegas beliau lagi, “Tidak seorang pun ahli Tafsir Ahlusunnah yang mengatakan bahawa Syiah mempunyai al-Quran yang lain”.

Syeikh al-Azhar memaklumkan beliau berhasrat menziarahi Najaf jikalau berkesempatan melawat Iraq setelah pembentukan kerajaan baru negara ini.

Komen Ibnu Azmi

Syukur kepada Allah swt, kita sudah nampak tanda-tanda persatuan di dalam Islam. Atas kebijaksanaan Rahbar, hikmah dan kebaikan yang timbul dari isu yang dimulakan oleh Yassir al Habib kini mula menjelma. Apabila umat sudah bersedia, maka al Imam al Mahdi akan tiba. 

Solawat!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar