Salam wa rahmatollah.
Antara alasan paling bodoh dikemukakan oleh pihak JAIS dalam
penangkapan penganut Syiah ialah dengan membuat pertuduhan bahawa Syiah
menggangap penganut mazhab lain sebagai kafir dan darah mereka halal
untuk di bunuh. Entah berdasarkan hujah apa mereka membuat pertuduhan
bodoh ini, saya rasa, ramai orang JAIS sendiri tidak akan percaya hujah
mengarut ini. Kalau percaya, bodohlah kalian.
Hakikatnya, dunia yang sebenar tidak sama dengan apa yang dituduh
oleh mereka. Bagi seorang yang sentiasa meneliti berita-berita semasa,
akan segera diketahui bahawa Syiahlah yang sentiasa menjadi mangsa
kekejaman oleh pihak Sunni, samada pembunuhan, pengeboman atau
diskriminisasi terancang oleh pihak kerajaan mereka. Syiahlah yang
sentiasa ditindas, bermula dari zaman pemerintahan Khalifah awal
hinggalah sekarang.
Cakap sahaja di mana, Iraq, Pakistan, Arab Saudi(obviously), Bahrain,
malah di Malaysia sendiri, semuanya ada masalah dengan kerajaan
masing-masing, dan ancaman dari penduduk bermazhab ekstremis. Di Iraq,
contohnya, majoriti dari masjid yang di bom ialah masjid Syiah, yang
mana antaranya adalah masjid di Samarra. Setiap tahun, apabila ada
sahaja peristiwa besar Syiah, Asyura contohnya, ada sahaja pengeboman
yang mengorbankan ribuan mangsa tidak bersalah, termasuk kanak-kanak.
Di Pakistan, pembunuhan terancang terhadap warganegara Syiah adalah
perkara biasa, kebanyakan serangan ini di dalangi oleh kumpulan
ekstremis Sunni seperti Sipah e Sahaba, yang bermaharaja lela dengan
sedikit atau tiada langsung campur tangan kerajaan/
Di Malaysia, huh, kalau berkerja di sektor pendidikan, boleh terus
diberhentikan kerja, kerana dianggap berisiko menyebarkan fahaman
“ekstremis”. Masuk ISA pun ada, supaya boleh dipulihkan akidah
mereka(jelas tidak berjaya), tidak kira lagi dengan diskriminisasi
masyarakat umum yang sudah tertelan fitnah sogokan kerajaan. Dok pompang
sana sini kerajaan Iran tidak benarkan masjid Sunni dibina(jelas sekali
banyak masjid Sunni di Iran), si Malaysia tiada langung tempat khas
untuk Syiah menjalankan aktiviti mereka secara sah. Macam biasa, mengata
orang pandai, tapi tak tengok rumah tangga sendiri.
Nampak gayanya, yang patut diharamkan bukan Syiah, tetapi Sunni, yang
kerap membunuh Syiah, kan? Malah ada sesetengah dari mereka menganggap
ini adalah satu bentuk jihad dengan membunuh Syiah, akibat disumbat
dengan berbagai bentuk doktrin oleh sesetengah pihak, nauzubillah.
Semoga Allah memberi petunjuk.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar