Salam wa rahmatollah.
Seperti yang telah diketahui, mengikut Mazhab Syiah mengutamakan
bacaan Bismillah secara kuat dalam solat. Walaupun ini bukanlah satu isu
besar tetapi elok juga kiranya saya memberikan dalilnya dari sisi hadis
Sunni.
Dari sudut pandangan Imam Baihaqi, beliau menegaskan bahawa Imam dari Ahlulbait(as) bersolat dengan menzahirkan bacaan Bismillah. Imam al Hakim di
dalam kitabnya al Mustadrak, turut menukilkan bahawa sebahagian besar
para sahabat dan tabi’in berpendapat bahawa bacaan bismillah harus
dikuatkan.
Imam ad Dhahabi ketika membincangkan perihal perawi Ibnu Shahab al
Zehri turut menekankan pembacaan bismillah secara kuat bagi sebelum
surah al Fatihah, dan surah lain setelahnya. Dengan ini, kitab-kitab
Sunni berikut hendaklah di rujuk.
- Tadhkirath’ul-Hufaaz,Juz 1, ms 104.
- Tafseer Durre Manthur, Jus1, ms 11.
- Sunan Tirmidhi, Juz 1, ms 155,
- Fath’ul-Bari, Juz 2, ms 221.
- Al-Musnaf, Juz 2, ns 89, Abdul Razzaq
- Al Musannaf Ibn Abi Shaybah, Juz1, ms 448.
- Sunan Dar al-Qutni, Juz 1, ms 309, berkenaan riwayat antara Anas bin Malik dan Muawiyah yang akan dibincang nanti, InsyaAllah.
- Ma’rifat al-Awam ul-Hadeeth, al-Hakim Neshapuri, ms 251.
- Kunz ul-A’mal, Jus 8, ms 119, 122181.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa menzahirkan bacaan bismillah ialah satu cara sebutan bahasa Arab yang tepat.
Para sarjana yang menyatakan sebutan Bismillah
sebagai sebahagian dari setiap Surah(kecuali surah 9) berselisih
pendapat dalam hal ini. Sesetengah dari mereka seperti As Syafi’i
berpendapat bahawa seseorang itu perlu membaca Bismillah secara zahir.
Ini juga merupakan pendapat ramai dari kalangan para sahabat, tabi’in
dan imam kaum Muslimin dari para salaf hinggalah ke generasi seterusnya.
Antaranya ialah para sahabat seperti Abu Hurairah, Ibnu Umar, Ibnu
Abbas, Umar dan Ali. Imam al Khatib telah melaporkan riwayat bersanad
dhaif dari Abu Bakar dan Usman. Al Baihaqi dan Ibnu Abdul Barr juga
telah meriwayatkannya dari Umar dan Ali.
Para tabiin yang membaca Bismillah secara zahir di
dalam solat yang memerlukan bacaan secara kuat(Maghrib,Isyak dan Subuh)
antaranya ialah Said ibn Jubayr, Akrimah, Az Zuhri, Ali Ibn Al Hassan,
Said Bin Musayyib, Abu Bakar Bin Muhammad bin Amr Bin Hazm, Habib bin
Abi Thabit, Abu Ash-Sha`tha’, Makhul dan `Abdullah bin Ma`qil
bin Muqarrin. Al Baihaqi turut menambah Abdullah bin Safwan dan Muhammad
bin Al Hanafiyah kepada senarai ini.
Hujah yang dipakai oleh para
sarjana ini ialah, oleh kerana Bismillah ialah sebahagian dari Al
Fatihah, maka sepatutnya ia turut dibaca kuat sebagaimana ayat-ayat yang
seterusnya. Juga, an Nisa’i merekodkan di dalam Sunannya, Ibnu Hibban
dan Ibnu Khuzaimah di dalam Sahih mereka, dan al Hakim di dalam
Mustadrak beliau, bahawasanya, Abu Hurairah di suatu ketika melaksanakan
solat dan membaca Bismillah secara zahir. Selepas beliau selesai solat,
beliau berkata:
“Diantara kamu, akulah yang melaksanakan solat dengan cara yang terdekat seperti mana Rasulullah(sawa) mengerjakannya.”
Daraqutni, Al Khatib dan al Baihaqi mengredkan hadis ini sebagai sahih.
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas oleh Abu Daud dan
At Tarmizi bahawa Rasulullah memulakan(bacaan) solatnya dengan
Bismillah. Bagaimanapun, At tarmizi tidak mengredkan hadis ini sebagai
sahih. Di dalam Mustadrak al Hakim, diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa
Rasulullah membaca Bismillah secara kuat di dalam solatnya, dan
mengatakan hadis itu sebagai sahih.
Imam Syafi’i dan al Hakim di dalam Mustadrak telah
meriwayatkan dari Anas bahawa Muawiyah memimpin solat di Madinah dan
tidak membaca Bismillah, seterusnya menyebabkan beliau dikritik oleh
para sahabat Muhajirin yang turut serta di dalamnya.
Untuk menyokong kenyataan d atas, boleh rujuk kitab Nayl al Autar, Jilid 2, ms 217,diriwayatkan
oleh Anas Bin Malik, bahawa Muawiyah datang ke Madinah dan memimpin
solat jemaah, tetapi tidak membaca Bismillah, setelah selesai solat,
para sahabat dari Muhajirin dan Ansar mendatangi beliau dan berkata,
“Wahai Muawiyah, kamu telah membatalkan solat ini. Kamu tidak memulakan
dengan bacaan Bismillah malah tidak mengucapkan takbir, walaupun kami
melihat Rasulullah(sawa) melakukannya.”(Biar betul? Takkan Muawiyah
RADIALLAHUANHU, seorang sahabat besar, penulis wahyu tidak tahu perkara
yang cukup basic ini, yang budak darjah satu pun tahu? Fikirkan)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar