Laman

Selasa, 22 Mei 2012

Solatul Layl: Allamah Majlisi

Salam wa rahmatollah. Bismillahi Taala

Terdapat banyak sekali ayat-ayat di dalam Quran yang menyatakan tentang mendirikan solat malam, dan berjaga pada sebahagian waktu dari waktu malam dalam beribadah kepada Allah, antaranya:

وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأَسْحٌارِ
“..dan mereka yang memohon keampunan di waktu pagi.”
 
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نٌافِلَةً لَّكَ
” Dirikanlah tahajjud pada sebahagian malam.”
 
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيٌامًا
“Dan mereka yang malamnya bersujud di hadapan Allan dan berdiri.”
 
Solat malam adalah wajib ke atas Rasulullah(sawa)[1] dan begitu juga dengan Nabi-nabi(as) yang diutuskan sebelum baginda[2]
 
Di dalam al Hadis riwayat para Imam Ahlulbait(as), telah dinyatakan dengan terang bahawa:
 
1. Solat malam melindungi seseorang itu ada siang nya.[3]

2. Solat malam adalah kaffarah untuk dosa yang dilakukan pada waktu siang.[4]

3. Rumah yang ada penghuninya melakukan solat malam akan menjadi sumber cahaya kepada penduduk langit, seperti bintang menjadi cahaya untuk penduduk bumi.[5]

4. Manusia yang agung dan mulia dari umat kami adalah mereka yang melindungi Quran dan berjaga malam beribadah.[6]

5. 3 perkara yang meninggikan kedudukan dan posisinya:

(i)  Memulakan salam kepada kaum Muslim yang lain
(ii) Memberi makan kepada orang miskin
(iii) Solat di dalam kegelapan malam ketika mereka yang lain sedang tidur.[7]

6. Solat malam mencantikkan muka, mencatikkan akhlak, memberi haruman kepada badan seseorang dan meningkatkan rezeki seseorang. Ia juga menghilangkan kesedihan, kesakitan dan memberi kekuatan kepada mata.[8]

7. Mereka yang tidak menunaikan solat malam tidak dikira sebagai Syiah kepada Ahlulbait(as).[9]

8. Mereka yang tidak dapat melakukan solat malam adalah orang yang sangat malang.[10]

9. Melakukan dosa adalah antara sebab mengapa seseorang itu gagal dalam menunaikan solat malam.[11]

10. Mendirikan solat malam membawa kepada redha Allah, cinta para malaikat, merupakan Sunnah para Nabi(solawat ke atas mereka semua), merupakan asas akidah, ketengangan jiwa, kemusnahan syaitan, senjata kepada musuh seseorang, penerimaan doa, penerimaan amal, manambah berkat dalam rezeki, syafaat apabila malaikat maut datang, cahaya di dalam kubur, keselamatan di dalam kubur, kemudahan menjawab Munkir dan Nakir, serta merupakan sahabat di dalam kubur.[12]

Nota:

[1] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 122
[2] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 136; Tafsir Al-Qummi, Pg. 701
[3] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 154; Mahasin Barqi, Pg. 53
[4] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 136
[5] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 161; Rawdhatu `l-Wai`dhin, Pg. 320
[6] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 138; Amali Shaikh aduq, Pg. 141
[7] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 141; Khisal, Vol. 1, Pg. 42
[8] Bihar Al-Anwar, Vol. 86, Pg. 153, Thawab Al-A’mal, Pg. 38
[9] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 162; Maqnah of Shaikh Mufid, Pg. 11ا
[10] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 164; Ma`ani Al-Akhbar, Pg. 342
[11] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 152; Tawhid Shaikh aduq, Pg. ا7
[12] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 161; Irshad Al-Qulub, Pg. 316

Solat al-Lail adalah solat yang merangkumi 11 raka`at, yang mana 8 raka`at pertama dilaksanakan dalam empat solat dengan dua raka`at setiap solat, dengan niat Solat al-Lail (kita sudahkan setiap solat dua raka`at dengan salam dan kemudian mulakan set solat dua raka`at yang seterusnya sehingga kita selesai 8 raka`at). Kemudian, solat dua raka`at akan dilaksanakan dengan niat Solat ash-Shaf’a. Apabila selesai, solat satu raka`at dengan niat Solat al-Witir akan dilaksanakan.

Waktu melakukan Solat al-Lail adalah ketika akhir satu per tiga malam. [13]
Adalah menjadi kepercayaan umum bahawa semakin hampir waktu Solat al-Lail dilaksanakan dengan Solat Fajar (Subuh), adalah lebih baik, walaubagaimanapun, dalam kebanyakan hadis telah disebut bahawa pada waktu sejurus selepas tengah malam, Nabi (sawa) dan para A’immah (as) melaksanakan Solat al-Lail. Riwayat-riwayat yang menyebut mengenai hal ini adalah dipercayai dan telah disebut bahawa inilah waktu yang mana doa seseorang akan dijawab. [14]

Namun, juga ada disebut bahawa Rasul Allah (sawa) biasa melaksanakan Solat al-Lail dalam tiga peringkat:

1. Empat raka`at sejurus selepas tengah malam.
2. Empat raka`at pada akhir satu per tiga akhir malam.
3. Tiga raka`at ketika hampir dengan waktu Fajar (Subuh) sambil melakukan ruku’ yang panjang. [15]

Telah diriwayatkan bahawa apabila Imam `Ali ibn Musa al-Rida (as) dalam perjalanan dari Madinah ke Khurasan, beliau pada permulaannya melaksanakan Solat Ja`far at-Tayyar dan mengambil kira ianya sebagai sebahagian daripada Solat al-Lail. [16]

Adalah mustahab bahawa selepas setiap dua raka`at, Tasbih Fatimah az-Zahra (as) dibaca. [17]

Pada raka`at kedua untuk setiap solat dua raka`at tersebut, adalah mustahab bahawa sebelum ruku`, Qunut dilaksanakan. Juga adalah mustahab ketika dalam Qunut, jika mampu, seseorang itu menitiskan air mata kerana takutkan Allah dan takut akan hukuman daripada Allah (swt) dan jika seseorang itu tidak mampu untuk menangis, paling tidak dia cuba untuk menangis. [18]

Adalah mustahab ketika dalam raka`at pertama dan kedua Solat al-Layl, selepas surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas dibaca sebanyak 30 kali. [19] Jika seseorang itu tidak mampu untuk melakukannya, maka dalam raka`at pertama selepas al-Fatihah, dia membaca Surah al-Ikhlas dan dalam raka`at kedua selepas al-Fatihah, dia membaca Surah al-Kafirun.

Adalah lebih baik dalam raka`at kedua pada Solat pertama, Surah al-Muzzammil dibaca dan dalam raka`at kedua Solat kedua, Surah an-Naba dibaca. Adalah mustahab bahawa dalam raka`at pertama solat ketiga, Surah Ya Sin dibaca, dan pada raka`at kedua (solat ketiga), Surah ad-Dukhan dibaca – ataupun, seseorang itu boleh membaca Surah Waqiyah pada tempat Surah Ya Sin dan Surah al-Muddathir pada tempat Surah ad-Dhukan. Adalah mustahab bahawa dalam raka`at pertama solat keempat, Surah al-Malik dibaca dan dalam raka`at kedua solat keempat, Surah al-Insan dibaca. [20]

Telah disebut bahawa Imam Muhammad ibn `Ali al-Baqir (as) biasa membaca Surah al-Ikhlas dalam Solat al-Shaf`a serta Solat al-Witr dan selepas membaca Surah, akan menyebut:

كَذٌالِكَ اللٌّهُ رَبِّي
“Ini adalah Allah, Tuhanku”[21]

Pembacaan Surah al-Ikhlas dikira sebagai pembacaan satu per tiga al-Quran, maka, sesiapa yang membaca surah ini dalam tiga raka`at (Solat al-Shaf`a dan Solat al-Witir) adalah seperti telah membaca keseluruhan al-Quran. [22]
  

Nota:
[13] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, m.s 223; Al-Hidayah, m.s 35
[14] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, m.s 227
[15] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, m.s 228
[16] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, m.s 231; `Uyun Al-Akhbar ar-Rida, Vol. 2, m.s 181
[17] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, m.s 243
[18] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, m.s 272; Misbah Al-Muttahajjid, m.s 107
[19] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, m.s 232
[20] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, m.s 243
[21] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, m.s 226; Furu` Al-Kafi, Vol. 3, m.s 44ا
[22] Bihar Al-Anwar, Vol. 86, m.s 226; Tahdhib, Vol. 1, m.s 171

Solat Witir adalah solat 1 rakaat dan merupakan solat dan doa yang menyempurnakan Solatul Lail. Seperti yang telah disebutkan di dalam hadis, solat merupakan Mi’raj bagi seorang mukmin, dan Solat Witir adalah ibarat ombak yang membawa seorang mukmin ke alam lebih tinggi. Telah disebutkan secara spesifik di dalam hadis, yang berbunyi: “Lebih banyak seseorang itu berdiri dalam solat witir, lebih kurang beliau akan berdiri di Hari Penghakiman” [23]

Perkara utama yang membawa seseorang di dalam perjalanan spiritual ini adalah qunut di dalam solat witir, yang mana seorang hamba Allah yang sejati akan menghabiskan berjam lamanya menangis ketika berdoa, memohon keampunan untuk dosa-dosa mereka.
Rasulullah(sawa) bersabda: Barangsiapa yang memanjangkan qunut di dalam solat witirnya akan lebih senang di Hari Pembalasan” [24]

Di dalam solat fardhu, Qunut merupakan tempat di mana seorang hamba meminta doa kepada Tuhannya, manakala di dalam solat witir, qunutnya adalah untuk memohon keampunan kepada Allah swt. [25]
Ayat al Quran berikut kerap disebut di dalam ahadis yang berkaitan memohon keampunan ketika solat, terutamanya solat witir:

] بِالأسْحاَرِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ [
“…di waktu sahur, mereka meminta keampunan” [26]

Ketika waktu qunut solat witir, ada banyak doa yang boleh dibaca, bagaimanapun tidak mampu untuk menyebut kesemuanya di sini, kami akan menyatakan bentuk terpenting dalam memohon keampunan.

Ketika memohon keampunan, seseorang itu mengangkat tangan kirinya untuk berdoa, sementara tangan kanannya untuk mengira bilangan [27]  dan jika seseorang itu menggunakan tasbih yang dibuat dari tanah Karbala, pahala keampunan akan lebih berganda.

Telah diriwayatkan Rasul(sawa) akan memohon keampunan 70 ketika solat witir. [28]

Imam al Sadiq(as) berkata: “Barangsiapa yang membaca seperti berikut 70 kali ketika solat witir, dan terus berbuat begitu selama satu tahun akan diambil kira oleh Allah sebagai Mustagfiriin bil ashar(seseorang yang memohon keampunan di waktu malam) dan akan mewajibkan Jannah kepada orang itu” [29]

أَسْتَغْفِرُ اللٌّهَ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
“Aku memohon keampunan dari Allah, dan kepadaNya aku bertaubah”

Di dalam hadis yang lain disebutkan membaca 100 kali bacaan yang sama diakhir qunutnya, dan menyambung selama 40 malam akan dikira sebagai mustagfirin bil ashar. [30]

Nabi(sawa) kerap memohon keampunan sebanyak 70 kali di dalam Qunut solat witir kemudian disambung dengan bacaan berikut sebanyak 7 kali:

هٌذَا مَقٌامُ الْعٌائِذِ بِكَ مِنَ النٌّارِ
“Inilah kedudukan bagi orang yang mencari perlindungan dari neraka dari Mu.” [31]

Amirul Mukminin(as) mengajar cara memohon keampunan di waktu malam seperti berikut:

1.    Baca 70 kali:

أَسْتَغْفِرُ اللٌّهَ رَبِّي وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
“Aku memohon keampunan dari Allah, dan kepadaNya aku bertaubah”

2.   Diikuti dengan bacaan berikut 7 kali:

أَسْتَغْفِرُ اللٌّهَ الَّذِي لاٌ إِلٌهَ إِلاٌّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيهِ
“Aku memohon keampunan dari Allah,tiada Tuhan selainNya, yang Maha Hidup  dan Berdiri sendiri dan kepadaNya aku bertaubah” [32]

Salah satu dari amalan terpenting di dalam Qunut solat witir adalah doa untuk 40 orang mukmin(lelaki atau perempuan) samada keluarga, sahabat atau mereka yang memohon agar didoakan, yang telah mati dan kepada Syiah Amirul Mukminin(as). Barangsiapa yang melakukan perkara ini akan dijamin doanya akan dimakbulkan. [33]

Bacalah berikut sebanyak 300 kali:

اَلْعَفْوُ

“Aku pohon kemaafan.”

 Kemudian bacalah yang berikut sekali:

رَبَّ اغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي وَتُبْ عَلَيِّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوٌابُ الرَّحِيمِ
“Ya Tuhan, ampunilah daku, dan kasihanilah aku, dan berpatah balik pada ku. Sesungguhnya Engkau menerima taubah dan yang Maha Pengasih” [34]

* Mohon jangan dilupakan hamba hina ini di dalam doa anda, terutamanya di dalam Qunut Solat Witir yang mulia.

Nota:
[23] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 154; Fiqh ar-Rida, Pg. ا
[24] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 287; Al-Faqih, Vol. 1, Pg. 308
[25] Bihar Al-Anwar, Vol. ا8, Pg. 26ا; Al-Faqih, Vol. 1, Pg. 311
[26] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 207; `Illul ash-Shara’i, Vol. 2, Pg. 53
[27] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 208
[28] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 121; Tahdhib, Vol. 1, Pg. 272
[29] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 120; Al-Faqih, Vol. 1, Pg. 30ا
[30] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 22ا; Misbah of Kaf`ami, Pg. 53
[31] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 287; Al-Faqih, Vol. 1, Pg. 30ا
[32] Bihar Al-Anwar, Vol. 87, Pg. 308; Misbah of Al-Kaf`ami, Page 58
[33] Bihar Al-Anwar, Vol., 87, Pg., 284; Misbah Al-Muttahajjid, Pg. 10ا
[34] Bihar Al-Anwar, Vol., 87, Pg. 275; Misbah Al-Muttahajjid, Pg. 10ا
[35] Bihar Al-Anwar, Vol., 87, Pg., 275; Misbah Al-Muttahajjid, Pg. 10


Tidak ada komentar:

Posting Komentar