Laman

Selasa, 22 Mei 2012

Laknat


Salam dan Solawat.


Ya Fatimah Zahra

Baru-baru ini, kes laknat menjadi isu besar semula akibat perbuatan Syeikh Yasser Al Habib, yang membuat penghinaan bersifat peribadi ke atas simbol-simbol AhlulSunnah. Bagaimanapun keributan itu akhirnya dipadamkan atau berjaya diredakan dengan pengeluaran fatwa menghina peribadi-peribadi ini oleh Ayatollah Ali Khamenei.


Fatwa ini mendapat berbagai jenis reaksi, samada dari Sunni dan Syiah. Saya tidak mahu menyentuh lebih lanjut, cuma mahu menekankan isu ini dari segi melaknat.

Terdapat perbezaan besar antara menghina dan melaknat. Melaknat bukanlah semata-mata ajaran Syiah, malah ialah merupakan ajaran Islam, iaitu untuk melaknat orang-orang zalim. Begitu banyak sekali yang dapat kita temukan di dalam Al Quran dan Sunnah, Allah swt dan Rasulullah melaknat orang-orang yang zalim, yang menyakiti Rasulullah dan kaum Muslimin, penipu,pembunuh dan lain-lain. Tidak perlu rasanya saya menyatakan kesemuanya disini kerana ia adalah satu pengetahuan umum. So, apakah laknat dari sudut pandang kaum Syiah?

Apa yang saya faham, laknat atau la’an bermakna, memohon kepada Allah swt agar menjauhkan seseorang itu dari rahmatNya. Bererti, apabila seseorang itu dilaknat, maka beliau jauh dari rahmat Allah swt. Pendek kata, laknat ialah satu permohonan doa kepada Allah swt. Laknat juga boleh dilihat sebagai satu tindakan berlepas diri dari sesuatu perkara. Jika saya melaknat seorang pembunuh, maka saya juga secara automatik, tidak meredhai tindakan beliau dan berjanji kepada diri sendiri untuk tidak mengikuti kesalahan beliau.
Perlu di ingat sekali lagi di sini, melaknat bukanlah ajaran Syiah, tetapi merupakan ajaran agama Islam. Apabila seseorang Syiah melaknat, maka ia dilakukan atas dasar individu, atas dasar cinta individu itu kepada Ahlulbait(as) dan benci mereka terhadap orang-orang yang menyakiti mereka, kerana menyakiti seorang Muslim sudah dianggap zalim, apatah lagi keluarga suci Rasulullah(sawa). Apa yang menjadi pegangan Syiah ialah Tawalla dan Tabbarra, iaitu mencintai Ahlulbait dan orang-orang yang mencintai mereka, serta menjauhi, memarahi, tidak meredhai dan berlepas tangan dari orang-orang yang menyakiti mereka.

Di sini saya bagi contoh. Sejarah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakr dan Umar menyakiti Fatimah(as) yang mana, keredhaan Fatimah telah disebutkan oleh Rasulullah(sawa) sebagai keredhaan baginda. Atas dasar Tawalla, maka saya akan berasa sedih kerana seseorang yang saya sayangi di sakiti, dan atas dasar Tabbarra, saya akan bertindak berlepas tangan dari tindakan pelakunya. Antara yang boleh saya lakukan:
  • Memohon Allah swt melaknat si pelaku.
  • Tidak meredhai si pelaku.
  • Tidak mencontohi si pelaku.
Mungkin terlampau jauh kalau kita ambil contoh di atas. Saya bagi contoh lagi. Bayangkan, jika ibu kita sendiri dibunuh, dihina dan diseksa. Dan kita mengetahui bahawa ibu kita ialah seorang yang baik dan beriman. Apakah perasaan kamu terhadap ibu kamu? Saya pasti kalau kamu sayangkan ibu kamu, maka kamu akan berasa sedih. Maka itulah Tawalla kamu kepada ibu kamu.

Bagaimana pula perasaan kamu kepada pembunuh itu? Marah?Benci? Masing-masing mengetahui. Jadi apakah yang boleh kamu lakukan kepada orang zalim ini? Jawapannya seperti di atas, samalah dalam konteks Ahlulbait(as) dan musuh-musuh mereka. Dan inilah pegangan Syiah. Kami tidak boleh dan tidak mampu untuk meletakkan orang yang dizalimi dan menzalimi di satu tempat yang sama, kerana kami sayangkan Ahlulbait. Sudah pasti kamu juga tidak akan meletakkan pembunuh ibu kamu dan ibu kamu di tempat yang sama, melainkan kamu ialah orang yang jahil lagi zalim, kerana jika begitu, itu bermakna kamu meredhai pembunuh itu. Bayangkanlah perasaan ibu kamu jika kamu berbuat begitu.
Imam Ali(as) pernah berkata: “Orang-orang yang menyamakan kami dengan musuh kami bukanlah dari kalangan kami.”
Itu sudah cukup menerangkan semuanya.
Tetapi melaknat juga perlu ada etikanya, dan etika inilah yang membezakan orang yang berilmu dengan yang jahil. Kami mengetahui bahawa kalian saudara dari Sunni tidak mengetahui atau tidak menerima kebenaran ini, samada kerana kejahilan atau kerana syaitan. Maka, atas dasar etika, maka tidak bolehlah untuk melaknat secara terbuka tambah-tambah di hadapan saudara Sunni yang pastinya akan tercengang mendengar perkara ini. Akhirnya, keburukan yang terhasil lebih banyak dari kebaikan yang didambakan.
Ini telah terjadi dan dapat kita lihat dari perbuatan Syeikh Yasser Al Habib. Beliau bukan sahaja tidak beretika, malah menghina peribadi tokoh-tokoh tertentu, dengan kata-kata cacian.

Islam dan Syiah tidak pernah membenarkan penghinaan kepada peribadi mana-mana manusia pun. Contohnya seperti Aisyah berada dalam neraka, Aisyah berzina(nauzubillah) dan lain-lain. Ini adalah satu perbuatan yang mendatangkan dosa walaupun kepada orang yang zalim, kerana akhirnya kita telah bersifat seperti mereka. Lalu dimanakah Tabbarra kita?

Yang dibenarkan oleh Islam dan Syiah hanyalah kritikan bersifat ilmiah dan akademik. Saya beri contoh di sini, dalam artikel saya tentang Riwayat Kontroversi Khalifah Umar, kita dapat lihat begitu banyak sekali tindakan Khalifah Umar yang bertentangan dengan dalil dan nas. Maka, setakat itu sahaja kritikan kita, iaitu terhadap kesalahan yang beliau lakukan, bukan kepada peribadi beliau. Dan inilah yang dilakukan oleh Syiah.

Seperti yang saya sebutkan di atas, laknat ialah doa, maka sewajarnya doa, biarlah ia kekal di antara kita dan Allah swt. Tidak perlu biar semua orang tahu isi doa kita.

Satu lagi yang perlu rasanya saya sebutkan, melaknat bukanlah isu utama sehari-hari dalam hidup kami. Ingatlah, biarpun jika sekalian para sahabat baik-baik belaka, maka kami masih dan akan sentiasa menjadi Syiah kepada Ahlulbait(as).

Setakat ini sahaja, salamalaikum

Tidak ada komentar:

Posting Komentar