Laman

Sabtu, 04 Juni 2011

Imam Ali bin Abi Talib menganggap pemerintahan Abu Bakar sebagai diktator dan menganggap Umar tidak layak menjadi khalifah karena Abu Bakar dan Umar adalah pengkhianat, memprotes keras pemilihan Usman sebagai khalifah serta menganggap khalifah yang lalu sebelumnya adalah perampas


Sikap Ali bin Abi Talib (a.s.) terhadap jawatan khalifah.

Sahnya kekhalifahan Ali bin Abi Talib atau batilnya kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Uthman setelah kewafatan Rasulullah telah disabitkan dengan banyak dalil yang bersumber dari kitab-kitab Ahlusunnah. Namun begitu puak pelampau fanatic Wahabi masih tidak berhenti-henti mencari bahan untuk mencetuskan keraguan orang awam dari terhadap perkara ini.


Artikel saya kali ini meneliti protes dan pengingkaran Ali bin Abi Talib selama hayatnya terhadap kekhalifahan yang tidak sah tersebut dalam lembaran sejarah sekaligus menghancurkan hikayat dongeng: Diamnya Ali menunjukkan sahnya kekhalifan Abu Bakar. Jikalau rampasan kuasa berlaku sudah tentu pedang Zulfiqar telah terhunus sampai haknya kembali kepada pemiliknya.
Pengangkatan Abu Bakar sebagai Khalifah adalah satu kesilapan.
Abu Bakar mengakui: “Pembai’atan kepadaku adalah kesilapan dan Allah memelihara keburukannya…. ” إنّ بيعتي كانت فلتة وقى اللّه شرّها… Ansab al-Asyraf lil Bilazari jil 1 halaman 590, Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid jil 6 halaman 47
Umar al-Khattab telah berterus terang menyatakan: إنّ بيعة أبي بكر كانت فلتة وقى اللّه شرّها فمن عاد إلى مثلها فاقتلوه… Pembai’atan kepada Abu Bakar adalah kesilapan, Allah memelihara keburukannya, maka barangsiapa yang kembali kepada Bai’at seperti ini maka bunuhlah ia. – Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid jil 2 halaman 26, Musnad Ahmad jil 1 halaman 55,
Sahih Bukhari jil 8 halaman 26:
فَوَاللَّهِ مَا كَانَتْ بَيْعَةُ أَبِى بَكْرٍ إِلاَّ فَلْتَةً
صحيح البجاری – المحاربين – باب رَجْمِ الْحُبْلَى مِنَ الزِّنَا إِذَا أَحْصَنَتْ
“Demi Allah, tidak lah bai’at kepada Abu Bakar melainkan kesilapan” – Sahih Bukhari
Menurut Ali bin Abi Talib, khalifah itu hak khusus untuk Ahlul Bait (as)
Ali bin Abi Talib menganggap khalifah adalah hak khusus untuk Ahlul Bait. Khalifah menurut pemilihan adalah bertentangan dengan Kitab dan Sunnah. Perkara ini beberapa kali ditemui dalam Nahjul Balaghah:
ولهم خصائصُ حقِّ الولاية، وفيهم الوصيّةُ والوِراثةُ.
نهج البلاغة عبده ج 1 ص 30، نهج البلاغة ( صبحي الصالح ) خطبة 2 ص 47، شرح نهج البلاغة ابن أبي الحديد ج 1 ص 139، ينابيع المودة قندوزي حنفي ج 3 ص 449 .
“Kepimpinan adalah hak Khusus bagi mereka (Ahlul Bait) dan mereka Washi dan waris (Rasulullah)” – Nahjul Balaghah Abduh jil 1 halaman 30 khutbah 2 halaman 47, Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid jil 1 halaman 139, Yanabi’ul Mawaddah jil 3 halaman 449
Surat Ali bin Abi Talib kepada warga Mesir:
فو اللّه ماكان يُلْقَى في رُوعِي ولا يَخْطُرُ بِبالي أنّ العَرَب تُزْعِجُ هذا الأمْرَ من بعده صلى اللّه عليه وآله عن أهل بيته ، ولا أنّهم مُنَحُّوهُ عَنّي من بعده.
نهج البلاغة، الكتاب الرقم 62، كتابه إلى أهل مصر مع مالك الأشتر لمّا ولاه إمارتها، شرح نهج البلاغه ابن أبي الحديد: 95/6، و151/17، الإمامة والسياسة: 133/1 بتحقيق الدكتور طه الزيني ط. مؤسسة الحلبي القاهرة .
“Maka demi Allah, tidak ia ditemukan dalam jiwaku, tidak terbayang di jiwaku bahawa bangsa Arab merebut urusan ini setelah nabi (saw) daripada Ahlul Baitnya, dan mereka mengalihkan ia daripadaku sepeninggalan baginda.”– Nahjul Balaghah surat 62, surat Imam Ali kepada warga Mesir
Dalam khutbah Ali ke-74, beliau berkata:
لَقَدْ عَلِمْتُمْ أَنِّي أَحَقُّ النَّاسِ بِهَا مِنْ غَيْرِي وَ وَ اللَّهِ لَأُسْلِمَنَّ مَا سَلِمَتْ أُمُورُ الْمُسْلِمِينَ وَ لَمْ يَكُنْ فِيهَا جَوْرٌ إِلَّا عَلَيَّ خَاصَّةً الْتِمَاساً لِأَجْرِ ذَلِكَ وَ فَضْلِهِ وَ زُهْداً فِيمَا تَنَافَسْتُمُوهُ مِنْ زُخْرُفِهِ وَ زِبْرِجِهِ.
“sesungguhnya kalian telah tahu bahawa saya manusia paling berhak dengannya (khalifah) daripada selainku. Demi Allah selama urusan kaum muslimin tinggal utuh, dan tidak ada penindasan di dalamnya kecuali atas diri saya, saya akan berdiam diri sambil mencari ganjaran untuk itu dan sambil menjauh dari tarikan-tarikan dan godaan-godaan yang anda cita-citakan”– Nahjul Balaghah khutbah 74, Khutbah Ali bin Abi Talib tatkala orang ramai hendak memberi Bai’at kepada Uthman.
Imam Ali bin Abi Talib menganggap pemerintahan Abu Bakar sebagai diktator
Ali bin Abi Talib menganggap kekhalifahan Abu Bakar bukan berasaskan demokrasi, namun beliau terus saja mengatakan kekhalifahan Abu Bakar adalah diktator
وَلَكِنَّكَ اسْتَبْدَدْتَ عَلَيْنَا بِالأَمْرِ ، وَكُنَّا نَرَى لِقَرَابَتِنَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – نَصِيبًا . حَتَّى فَاضَتْ عَيْنَا أَبِى بَكْرٍ
صحيح البخارى: 82/5، كتاب المغازي، با غزوة خيبر، مسلم، ج 5، ص 154، (چاپ جديد: ص 729 ح 1758)، كتاب الجهاد، باب قول النبي (ص) لانورَث ما تركناه صدقة .
Ali bin Abi Talib mengatakan, “Akan tetapi dikau telah bertindak sewenang-wenangnya atas kami dengan urusan, dan kami melihat kekerabatan kami dengan Rasulullah. Maka air mata Abu Bakar menitis”.
Imam Ali bin Abi Talib menganggap Umar tidak layak menjadi khalifah
Tatkala telah diketahui bahawasanya Abu Bakar memutuskan ingin melantik Umar sebagai khalifah, dalam Tabaqat Ibnu Sa’ad, Ali telah menentang keras dan berkata dengan terus terang sebagai berikut:
عن عائشة قالت لما حضرت أبا بكر الوفاة استخلف عمر فدخل عليه علي وطلحة فقالا من استخلفت قال عمر قالا فماذا أنت قائل لربك قال بالله تعرفاني لأنا أعلم بالله وبعمر منكما أقول استخلفت عليهم خير أهلك.
الطبقات: 196/3، تاريخ مدينة دمشق: 251/44، عمر بن الخطاب للاستاذ عبد الكريم الخطيب ص 75 .
‘Aisyah mengatakan tatkala hadirnya kematian di sisi Abu Bakar, maka masuklah Ali dan Talhah, maka bertanyalah mereka, siapakah yang menjadi khalifah? Dia menjawab, Umar. Mereka berkata, Apa yang anda akan katakan kepada Allah? Dia menjawab, Apakah kau perkenalkan Allah kepadaku? saya lebih mengenali Allah dan Umar daripada kalian, saya akan berkata kepada Allah, saya melantik sebaik-baik hambaMu sebagai khalifah. – Tabaqat, jil 3 halaman 196
Imam Ali bin Abi Talib memprotes keras pemilihan Uthman sebagai khalifah
Ali memaklumkan bantahannya sehingga menyebabkan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf memberi ancaman bunuh (al-Imamah wal Siyasah, jil 1 halaman 45):
قال عبد الرحمن بن عوف : فلا تجعل يا علي سبيلاً إلى نفسك ، فإنّه السيف لا غير .
الامامة والسياسة ، تحقيق الشيري ج 1 ص 45، تحقيق الزيني ج 1 ص‏31 .
Telah berkata ‘Abdul Rahman bin ‘Auf, “Janganlah engkau jadikan jalan kepada dirimu wahai Ali, sesungguhnya ia adalah pedang tiada yang lain lagi” – Al-Imamah wal Siyasah, jilid 1 halaman 45
فَيَا لَلَّهِ وَ لِلشُّورَى مَتَى اعْتَرَضَ الرَّيْبُ فِيَّ مَعَ الْأَوَّلِ مِنْهُمْ حَتَّى صِرْتُ أُقْرَنُ إِلَى هَذِهِ النَّظَائِرِ لَكِنِّي أَسْفَفْتُ إِذْ أَسَفُّوا وَ طِرْتُ إِذْ طَارُوا فَصَغَا رَجُلٌ مِنْهُمْ لِضِغْنِهِ وَ مَالَ الآخَرُ لِصِهْرِهِ مَعَ هَنٍ وَ هَنٍ إِلَى أَنْ قَامَ ثَالِثُ الْقَوْمِ نَافِجاً حِضْنَيْهِ بَيْنَ نَثِيلِهِ وَ مُعْتَلَفِهِ وَ قَامَ مَعَهُ بَنُو أَبِيهِ يَخْضَمُونَ مَالَ اللَّهِ خِضْمَةَ الْإِبِلِ نِبْتَةَ الرَّبِيعِ إِلَى أَنِ انْتَكَثَ عَلَيْهِ فَتْلُهُ وَ أَجْهَزَ عَلَيْهِ عَمَلُهُ وَ كَبَتْ بِهِ بِطْنَتُهُ.
Aku berlindung dengan Allah dari Syura ini! pada zaman bilakah saya disetarakan dengan para anggota Syura di mana saya seperti yang mereka khayalkan, dan mereka telah letakkan saya dalam barisan itu. Tetapi saya tetap merendah ketika mereka merendah dan terbang tinggi ketika mereka terbang tinggi. Seorang dari mereka menentang saya karena kebenciannya, dan yang lainnya cenderung ke jalan lain karena hubungan perkawinan dan karena ini dan itu, sehingga orang ketiga dari orang-orang ini berdiri dengan dada membusung antara kotoran dan makanannya. Bersamanya sepupunya pun bangkit sambil menelan harta Allah seperti seekor unta menelan rumput musim semi, sampai talinya putus, tindakan-tindakannya mengakhiri dirinya dan keserakahannya membawanya jatuh tertelungkup.
Imam Ali mengatakan Abu Bakar dan Umar adalah pengkhianat
Abu Bakar dan Umar adalah pembohong, pendosa, pemutar belit dan pengkhianat menurut Ai bin Abi Talib. Seperti mana di dalam kitab Sahih Muslim iaitu kitab yang paling sahih setelah al-Quran, Umar mengatakan kepada Abbas dan Ali:
فلمّا توفّي رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله، قال أبو بكر: أنا ولي رسول اللّه… فرأيتماه كاذباً آثماً غادراً خائناً… ثمّ توفّي أبو بكر فقلت : أنا وليّ رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله، ولي أبي بكر، فرأيتماني كاذباً آثماً غادراً خائناً ! واللّه يعلم أنّي لصادق، بارّ، تابع للحقّ! .
صحيح مسلم ج 5 ص 152، (ص 728 ح 1757) كتاب الجهاد باب 15 حكم الفئ حديث 49، فتح الباري ج 6 ص 144 .
Setelah wafatnya Rasulullah (saw) Abu Bakar berkata: Aku pemimpin setelah Rasulullah… dan kalian berdua menganggap saya pendusta, pendosa, curang dan pengkhianat. Kemudian setelah wafatnya Abu Bakar, saya telah berkata: Sayalah pemimpin setelah Rasulullah (saw), pemimpin setelah Abu Bakar, maka kalian berdua melihat saya sebagai pendusta, pendosa, pemutar belit dan pengkhianat!…. Sahih Muslim Kitab alJihad Bab 15
Imam Ali (as) menganggap khalifah yang lalu sebelumnya adalah perampas
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Ali tetap saja menganggap khalifah sebelum daripadanya tidak Syar’i dan perampas. Beliau menulis dalam surat kepada ‘Aqil seperti berikut:
فَجَزَتْ قُرَيْشاً عَنِّي الْجَوَازِي فَقَدْ قَطَعُوا رَحِمِي وَ سَلَبُونِي سُلْطَانَ ابْنِ أُمِّي.
نهج البلاغة، كتاب رقم 36 .
Saya berhasrat kiranya orang Qurasy mendapat pembalasan atas perlakuan mereka terhadap saya. Kerana mereka mengabaikan kekerabatan dan merebut kekuasaan yang menjadi hak saya dari putera ibu saya (Nabi saw). – Nahjul Balaghah kitab nombor 36.
Dan Ibnu Abil Hadid di dalam kitabnya:
وغصبوني حقي ، وأجمعوا على منازعتي أمرا كنت أولى به.
شرح نهج البلاغة لابن أبي الحديد، ج 4، ص‏104، ج 9، ص 306 .
Mereka telah merampas hak saya, dan mereka berkumpul di atas perselisihan urusan kepimpinan yang mana saya lebih berhak atasnya. – Syarah Ibnu Abil Hadid jil 4 halaman 102, jil 9 halaman 306
دعوكم خليفة رسول الله (ص) لسريع ما كذبتم على رسول الله (ص) ثمّ قال أبو بكر : عد إليه فقل : أمير المؤمنين يدعوكم ، فرفع علي صوته فقال : سبحان الله لقد ادعى ما ليس له .
الإمامة والسياسة بتحقيق الزينى، ص 19 وبتحقيق الشيري، ص 30 .
Ibnu Qutaibah telah mencatatkan bahawa Abu Bakar mengutus Qanfiz kepada Ali, beliau mengatakan, “Khalifah Rasulullah memanggil kalian” Ali menjawab, “Betapa cepatnya kalian mendustakan Rasulullah (saw). Abu Bakar kali kedua mengutus Qanfiz dan berkata, “Katakan padanya Amirulmukminin memanggil kalian” Ali meninggikan suara, “Subhanallah, sesungguhnya anda mendakwa apa yang bukan pada tempatnya!” – al-Imamah wal Siyasah halaman 19
Dengan ini punahlah kepercayaan yang mengatakan bahawa Ali (as) menganggap khalifah sebelumnya adalah sah menurut hukum syarak.
Apakah Ijma’ para sahabat merupakan dalil keridhaan Allah?
فَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى رَجُلٍ وَ سَمَّوْهُ إِمَاماً كَانَ ذَلِكَ لِلَّهِ رِضًا .
Kata-katanya, “Maka sesungguhnya jikalau mereka (Muhajirin dan Ansar) berijmak atas seseorang dan menamakannya sebagai Imam, maka keridhaan Allah untuk itu”
Adapun kata-kata beliau, “Jikalau Muhajirin dan Ansar datang mengangkat seseorang itu sebagai Imam, Maka keridhaan tuhan di dalamnya”.
Saudara kita Ahlusunnah tidak boleh menggunakan kata-kata Ali ini sebagai dalil sahnya kekhalifahan sebelum beliau kerana:
Pertamanya: dalam beberapa naskah Nahjul Balaghah ayat «كَانَ ذَلِكَ لِلَّهِ رِضًا» tertulis dengan «كَانَ ذَلِكَ رِضًا» tanpa penambahan kalimah «لِلَّهِ». (silakan rujuk Nahjul Balaghah cetakan Misr, Qahirah, al-Istiqamah di mana kalimah «لِلَّهِ» telah termasuk di dalamnya).
Oleh itu jikalau Muhajirin dan Ansar mengangkat seseorang itu sebagai khalifah merupakan dalil keridhaan mereka ke atas pemilihan ini. Pembai‘atan ini juga bukanlah kesan dari pemaksaan atau ancaman pedang.
Kedua: Jikalau kita tanggapi bahawa kalimah «للّه» wujud dalam teks Nahjul Balaghah itu, maka maksudnya sudah tentu semua Muhajirin dan Ansar termasuk Ali, Fathimah, Hasan dan Husain yang bersepakatan atas keimaman seseorang. Pastilah ini menunjukkan keridhaan Allah (swt).
Adakah Fathimah Zahra membai’at Abu Bakar?
Tidakkah keridhaan Fathimah merupakan keridhaan Nabi (saw). Hakim Nisyaburi menyatakan:
إنّ اللّه يغضب لغضبك، ويرضى لرضاك.
“Sesungguhnya Allah murka kepada siapa yang menyebabkan engkau marah dan meridhai barangsiapa yang membuatkan engkau ridha”.
Hadis ini dikatakannya:
هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه.
مستدرك: 153/3، مجمع الزوائد: 203/9، الآحاد والمثاني للضحاك: 363/5، الإصابة: 266265/8، تهذيب التهذيب: 392/21، سبل الهدى والرشاد للصالحي الشامي: 11/ 44 .
“ Sahih persanadannya namun Bukhari dan Muslim tidak menyebutnya”. – Mustadrak jilid 3 halaman 153
Bukhari menyatakan Rasulullah bersabda:
فاطمة بَضْعَة منّى فمن أغضبها أغضبني .
صحيح البخارى 210/4، (ص 710، ح 3714)، كتاب فضائل الصحابة، ب 12 – باب مَنَاقِبُ قَرَابَةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه‏وسلم . و 219/4 ، (ص 717، ح 3767) كتاب فضائل الصحابة ، ب 29 – باب مَنَاقِبُ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلاَمُ .
“Fathimah sebagian daripadaku, barangsiapa membuatkan dia marah maka ia telah membuatkan aku marah” – Sahih Bukhari jilid 4 halaman 210
Muslim Nisyaburi menukilkan baginda bersabda:
إِنَّمَا فَاطِمَةُ بَضْعَةٌ مِنِّي يُؤْذِينِي مَا آذَاهَا.
صحيح مسلم 141/7 ح 6202 كتاب فضائل الصحابة رضى الله تعالى عنهم، ب 15 -باب فَضَائِلِ فَاطِمَةَ بِنْتِ النَّبِيِّ عَلَيْهَا الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ .
“Fathimah sebagian daripadaku, akan membuatkan aku sakit barangsiapa menyakiti beliau”. – Sahih Muslim jilid 7 halaman 141.
Tidak ada syak lagi Sayida Zahra bukan sahaja tidak member Bai’at kepada Abu Bakar, malahan murka kepada Abu Bakar sampai beliau meninggal dunia sebagai mana dinukilkan oleh Bukhari:
فَغَضِبَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَهَجَرَتْ أَبَا بَكْرٍ، فَلَمْ تَزَلْ مُهَاجِرَتَهُ حَتَّى تُوُفِّيَتْ.
صحيح البخارى: 42/4، ح 3093، كتاب فرض الخمس، ب 1 – باب فَرْضِ الْخُمُسِ .
“Marahlah Fathimah binti Rasulullah (saw) kepada Abu Bakar, maka tidak hilang kemurkaannya sehingga beliau wafat”. – Sahih Bukhari jilid 4 halaman 42
Dengan ini beliau telah memberi wasiat kepada Ali supaya jenazahnya dikebumikan pada waktu malam tanpa memaklumkan shalat jenazah beliau kepada Abu Bakar yang mengakui dirinya sebagai khalifah setelah Nabi (saw).
فَلَمَّا تُوُفِّيَتْ، دَفَنَهَا زَوْجُهَا عَلِيٌّ لَيْلاً، وَلَمْ يُؤْذِنْ بِهَا أَبَا بَكْرٍ وَصَلَّى عَلَيْهَا .
صحيح بخارى، ج 5، ص 82، ح 4240، كتاب المغازى، ب 38، باب غَزْوَةُ خَيْبَرَ، صحيح مسلم، ج 5، ص 154، ح 4470، كتاب الجهاد والسير (المغازى )، ب 16 – باب قَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم «لاَ نُورَثُ مَا تَرَكْنَا فَهُوَ صَدَقَةٌ» .
“Maka tatkala beliau wafat, suaminya Ali menyemadikannya di waktu malam, dan beliau tidak pernah mengizinkan Abu Bakar menyolati jenazahnya”. – Sahih Bukhari jilid 5 halaman 154.
Imam Ali (as) tidak berada di kalangan Muhajirin dan Ansar dalam peristiwa pembaiatan Abu Bakar
Menurut riwayat Bukhari dan Muslim, Ali (as) tidak membai’at Abu Bakar sampai 6 bulan.
وعاشت بعد النبي صلى الله عليه وسلم، ستة أشهر… ولم يكن يبايع تلك الأشهر .
صحيح البخاري، ج 5، ص 82، صحيح مسلم، ج 5، ص 154.
Fathimah az-Zahra hidup setelah 6 bulan wafatnya Rasulullah….. beliau tidak memberi Bai’at selama itu- Sahih Bukhari – Sahih Bukhari jil 5 halaman 82
Tidakkah Bai’at Ali (as) merupakan dalil sahnya kekhalifahan Abu Bakar? Tidakkah Bani Hashim menahan diri dari membai’at? Abdul Razak menerangkan:
فقال رجل للزهري : فلم يبايعه عليّ ستة أشهر ؟ قال : لا ، ولا أحد من بني هاشم .
المصنف لعبد الرزاق الصنعاني، ج 5، ص 472 – 473.
Seorang lelaki bertanya kepada Zuhri, “Apakah benar Ali (as) selama 6 bulan tidak memberi Bai’at?” beliau menjawab, “Ali dan Bani Hashim tidak memberi Bai’at” – Al-Mushannaf Abdul Razak jil 5 halaman 472-473
Komentar ini telah dinukilkan dalam Sunan Baihaqi, Tarikh Tabari dan Ibnu Athir dalam kedua kitab Rijal dan Tarikhnya. Rujukannya sebagai berikut:
اسد الغابة: 222/3 و الكامل في التاريخ ، ج 2 ، ص 325 و السنن الكبرى، ج 6، ص 300 و تاريخ الطبري، ج 2، ص 448 .
Asad al-Ghabah jilid 3 halaman 222, Kamil Fi Tarikh jilid 2 halaman 325, Sunan al-Kubra jilid 6 halaman 300 dan tarikh al-Tabari jilid 2 halaman 448
Tidakkah Ibnu Hazm salah seorang ulama besar Ahlusunnah mengatakan:
ولعنة اللّه على كلّ إجماع يخرج عنه على بن أبى طالب ومن بحضرته من الصحابة .
المحلى: ج 9، ص 345، بتحقيق أحمد محمد شاكر، ط. بيروت – دارالفكر .
“Laknat Allah ke atas seluruh Ijma’ yang mana Ali bin Abi Talib dan para sahabatnya tidak termasuk di dalamnya” – Al-Mahalli jil 9 halaman 325
قلت يا رسول الله ما يبكيك قال ضغائن في صدور أقوام لا يبدونها لك الا من بعدي قال قلت يا رسول الله في سلامة من ديني قال في سلامة من دينك .
المعجم الكبير ، طبراني ،‌ ج11 ،‌ ص60 و تاريخ بغداد ، ج12 ، ص394 و تاريخ مدينة دمشق ، ج42 ،‌ ص322 و فضائل الصحابة ، ابن حنبل ، ج2 ،‌ ص651 ، ح 1109.
Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir mengatakan: Imam Ali telah bertanya: Wahai Rasulullah, mengapakah dikau menangis? Baginda bersabda: Perseteruan dalam dada-dada terkurung, setelah kepergianku ia akan terbuka. Saya bertanya: Apakah ugamaku selamat? Baginda bersabda: Ugamamu selamat. – al-Mu’jam al-Kabir Tabrani, jilid 11 halaman 60
Kebakhilan, menyebabkan Ali tidak mencapai kekhalifahan
Kekeliruan ini bukanlah perkara baru namun pertanyaan tentangnya terus berlegar dalam sejarah termasuk di zaman Ali sendiri. Seorang dari bani Asad bertanya kepada Ali:
كيف دفعكم قومكم عن هذا المقام وأنتم أحق به ؟
يَا أَخَا بَنِي أَسَدٍ إِنَّكَ لَقَلِقُ الْوَضِينِ تُرْسِلُ فِي غَيْرِ سَدَدٍ وَ لَكَ بَعْدُ ذِمَامَةُ الصِّهْرِ وَ حَقُّ الْمَسْأَلَةِ وَ قَدِ اسْتَعْلَمْتَ فَاعْلَمْ أَمَّا الِاسْتِبْدَادُ عَلَيْنَا بِهَذَا الْمَقَامِ وَ نَحْنُ الاَعْلَوْنَ نَسَباً وَ الأَشَدُّونَ بِالرَّسُولِ ص نَوْطاً فَإِنَّهَا كَانَتْ أَثَرَةً شَحَّتْ عَلَيْهَا نُفُوسُ قَوْمٍ وَ سَخَتْ عَنْهَا نُفُوسُ آخَرِينَ وَ الْحَكَمُ اللَّهُ وَ الْمَعْوَدُ إِلَيْهِ الْقِيَامَةُ
وَ دَعْ عَنْكَ نَهْباً صِيحَ فِي حَجَرَاتِهِ‏
وَ لَكِنْ حَدِيثاً مَا حَدِيثُ الرَّوَاحِلِ‏
نهج البلاغة ، خطبة 162، نهج البلاغه محمد عبده ، ج2 ،‌ ص64 و شرح ابن أبي الحديد ، ج9 ، ص 241 و علل الشرايع ، ج1 ،‌ ص146 .
Seorang dari Bani Asad bertanya pada Imam Ali: Mengapakah engkau yang lebih layak menjadi khalifah namun mengenepikannya? Ali menjawab: Wahai saudara Bani Asad engkau seorang yang menyedihkan dan bertanya bukan pada tempatnya, walau bagaimanapun sebagai penghormatan atas persaudaraan, hak pertanyaan dihormati. Sekarang engkau mau tahu, maka ketahuilah kezaliman dan mementing diri dengan kekhalifahan itu membebani kami, dalam keadaan kami lebih kukuh pertalian nasab dengan rasul, bukanlah egois dan serakah memonopoli namun: sekumpulan orang yang bakhil melekat dengan singgahsana kekhalifahan, dan sekumpulan orang dengan bebas merampasnya, dan hakim adalah Allah dan kita semua kembali kepadaNya di hari kiamat….. kembalilah, kenangkan sejarah kisah para perampas, kisah yang menyingkap perompakan para penunggang unta- Nahjul Balaghah Muhammad Abduh, jil 2 hal 64
Perseteruan terhadap Imam Ali yang terpendam di dalam dada
Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir mengatakan:
قلت يا رسول الله ما يبكيك قال ضغائن في صدور أقوام لا يبدونها لك الا من بعدي قال قلت يا رسول الله في سلامة من ديني قال في سلامة من دينك .
المعجم الكبير ، طبراني ،‌ ج11 ،‌ ص60 و تاريخ بغداد ، ج12 ، ص394 و تاريخ مدينة دمشق ، ج42 ،‌ ص322 و فضائل الصحابة ، ابن حنبل ، ج2 ،‌ ص651 ، ح 1109.
Imam Ali telah bertanya: Wahai Rasulullah, mengapakah dikau menangis? Baginda bersabda: Perseteruan dalam dada-dada terkurung, setelah kepergianku ia akan terbuka. Saya bertanya: Apakah ugamaku selamat? Baginda bersabda: Agamamu selamat
Perkara ini sangat jelas terkandung dalam teks Nahjul Balaghah seperti berikut:
و خشنت و اللّه الصدور، و ايم اللّه لو لا مخافة الفرقة من المسلمين أن يعودوا إلى الكفر، و يعود الدين، لكنّا قد غيّرنا ذلك ما استطعنا، و قد ولي ذلك ولاة و مضوا لسبيلهم و ردّ اللّه الأمر إليّ، و قد بايعاني و قد نهضا إلى البصرة ليفرّقا جماعتكم، و يلقيا بأسكم بينكم
فَإِنَّ اللَّهَ سُبْحَانَهُ بَعَثَ مُحَمَّداً(صلى الله عليه وآله) نَذِيراً لِلْعَالَمِينَ وَ مُهَيْمِناً عَلَى الْمُرْسَلِينَ فَلَمَّا مَضَى ع تَنَازَعَ الْمُسْلِمُونَ الاَْمْرَ مِنْ بَعْدِهِ
فَوَاللَّهِ مَا كَانَ يُلْقَى فِي رُوعِي وَ لَا يَخْطُرُ بِبَالِي أَنَّ الْعَرَبَ تُزْعِجُ هَذَا الاَْمْرَ مِنْ بَعْدِهِ ص عَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ وَ لاَ أَنَّهُمْ مُنَحُّوهُ عَنِّي مِنْ بَعْدِهِ فَمَا رَاعَنِي إِلَّا انْثِيَالُ النَّاسِ عَلَى فُلَان يُبَايِعُونَهُ
فَأَمْسَكْتُ يَدِي حَتَّى رَأَيْتُ رَاجِعَةَ النَّاسِ قَدْ رَجَعَتْ عَنِ الإِْسْلاَمِ يَدْعُونَ إِلَى مَحْقِ دَيْنِ مُحَمَّد ص فَخَشِيتُ إِنْ لَمْ أَنْصُرِ الاِْسْلاَمَ وَ أَهْلَهُ أَنْ أَرَى فِيهِ ثَلْماً أَوْ هَدْماً تَكُونُ الْمُصِيبَةُ بِهِ عَلَيَّ أَعْظَمَ مِنْ فَوْتِ وِلاَيَتِكُمُ الَّتِي إِنَّمَا هِيَ مَتَاعُ أَيَّام قَلَائِلَ يَزُولُ مِنْهَا مَا كَانَ كَمَا يَزُولُ السَّرَابُ أَوْ كَمَا يَتَقَشَّعُ السَّحَابُ فَنَهَضْتُ فِي تِلْكَ الاَْحْدَاثِ حَتَّى زَاحَ الْبَاطِلُ وَ زَهَقَ وَ اطْمَأَنَّ الدِّينُ وَ تَنَهْنَهَ
Amma ba’du, Allah Yang Mahasuci mengutus Muhammad (saw) sebagai pemberi peringatan bagi seluruh dunia dan saksi bagi semua nabi. Ketika Nabi wafat, kaum Muslim bertengkar tentang kekuasaan sepeninggal baginda.
Demi Allah, tak pernah terlintas difikiran saya, dan saya tak pernah membayangkan, bahawa setelah Nabi orang Arab akan meragut kekhalifahan ini daripada Ahlul Bait setelah baginda, mereka akan mengalihnya daripada saya setelah baginda, tidak saya bimbang melainkan manusia secara mendadak dari mana hala membaiat lelaki itu.
Oleh kerana itu, saya menahan tangan saya hingga saya melihat bahawa ramai orang sedang menghindar dari Islam dan berusaha untuk membinasakan agama Muhammad (saw). Maka saya khuatir bahwa apabila saya tidak melindungi Islam dan umatnya lalu terjadi di dalamnya suatu perpecahan atau kehancuran, hal itu akan merupakan suatu pukulan yang lebih besar kepada saya daripada hilangnya kekuasaan atas anda, yang bagaimanapun (hanyalah) akan berlangsung beberapa hari yang darinya segala sesuatu akan berlalu sebagaimana berlalunya bayangan, atau sebagai hilangnya awan melayang. Oleh karena itu, dalam peristiwa-peristiwa ini saya bangkit hingga kebatilan dihancurkan dan lenyap, dan agama mendapatkan kedamaian dan keselamatan. – Nahjul Balaghah surat 62
Mengapa Ali tidak bertindak mengambil kembali haknya?
Para Washi Anbiya punyai satu kaedah yang menuruti perintah Allah. Tanggung jawab yang mereka sandang telah dikhususkan untuk diamalkan dan Imam Ali juga sebagai Washi Rasulullah juga tidak terkecuali dalam perkara ini. Oleh itu beliau tidak boleh bangun dengan menghunuskan pedang dan mengambil kembali kekhalifahan dengan cara kekerasan. Dengan merujuk kepada sejarah para nabi dapatlah kita memahami bahawa Ali tidak punyai cara lain dari mendiamkan diri.
al-Quran menceritakan nabi Allah Nuh (as) mengatakan:
فَدَعا رَبَّهُ أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِر
54. 10. Maka dia mengadu kepada Tuhannya: “Bahwasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu menangkanlah (aku).”
Baginda berdoa kepada Allah bahawa saya dikalahkan, maka bantulah aku. Begitujuga dalam surah Maryam bahawasanya Nabi Allah Ibrahim (as) berkata:
وَأَعْتَزِلُكُمْ وَما تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللهِ وَأَدْعُوا رَبِّي
19. 48. Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdo’a kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdo’a kepada Tuhanku”.
Telah tercatat dalam sejarah bahawa Nabi Ibrahim berangkat dari babylon ke pergunungan tanah Parsi dan tinggal disekitarnya selama 7 tahun. Setelah itu baginda kembali lagi ke Babylon dan menghancurkan berhala-berhala serta mendakwa dirinya sebagai nabi
Begitu juga kisah ketakutan yang menimpa nabi Allah Musa (as):
فَخَرَجَ مِنْها خائِفاً يَتَرَقَّبُ قالَ رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظّالِمِينَ
28. 21. Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan khawatir, dia berdo’a: “Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu”.
Begitu juga dalam surah al-’Araf, peristiwa kaum bani Israel menyembah sapi akibat termakan tipu daya Samiri tatkala pemergian nabi Musa. Nabi Allah Harun (as) juga berdiam diri dan Allah swt berfirman:
وأخَذَ بِرَأْسِ أَخِيهِ يَجُرُّهُ إِلَيْهِ قالَ ابْنَ أُمَّ إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِي وَكادُوا يَقْتُلُونَنِي
7. 150. Dan tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati berkatalah dia: “Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah kepergianku! Apakah kamu hendak mendahului janji Tuhanmu? Dan Musapun melemparkan luh-luh (Taurat) itu dan memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun) sambil menariknya ke arahnya, Harun berkata: “Hai anak ibuku, sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku, sebab itu janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku, dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang zalim”
Harun adalah khalifah Nabi Musa sepeninggalan baginda pergi bermunajat kepada Allah. Namun Nabi Allah Harun tidak bangun dengan pedang menentang kesesatan kaumnya yang terpedaya dengan Samiri.
Rasulullah pernah menisbahkan Ali dengan diri baginda umpama Harun di sisi Musa melainkan tiada lagi Nabi setelah baginda. Oleh itu tindakan Ali tidak memprotes perampasan hak kekhalifahannya dengan pedang adalah menepati sirah para washi sebelumnya dengan penuh hikmah. Tatkala Ali dipaksa memberi Bai’ah, beliau telah pergi ke makam Rasulullah dan mengulangi kalimah Nabi Allah Harun (as):
إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِي وَكادُوا يَقْتُلُونَنِي
Mughazali, ahli Fiqh Syafie dan Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib dan ‘Allamah al-Faqih ibnu al-Maghazali menukilkan bahawasanya Rasulullah bersabda kepada Ali bin Abi Talib:
عن أبي عثمان النهدي عن علي كرم الله وجهه قال : كنت أمشي مع رسول الله (ص) فأتينا على حديقة فاعتنقني ثم أجهش باكيا فقلت يا رسول الله ما يبكيك ؟ فقال (ص) : أبكي لضغائن في صدر قوم لا يبدونها لك إلا بعدي قلت : في سلامة من ديني ؟ قال في سلامة من دينك.
Diriwayatkan oleh al-‘Allamah al-Kanji al-Syafi’ie di dalam kitab Kifayah al-Thalib, bab 16 dengan sanad kepada Ibnu ‘Asakir yang bersanad kepada Anas bin Malik dan riwayat-riwayat yang lain seperti mana di dalam al-Manaqib dan Yanabi’. kemudian ‘Allamah al-Kanji berkata setelah menukilkan riwayat ini mengatakan Hadis ini Hasan:
Ummat ini punyai perseteruan di dalam dada mereka yang akan mereka lahirkan sepeninggalanku nanti. Aku berpesan padamu supaya bersabar. Semoga Allah mengurniakan kebaikan buatmu.
و خشنت و اللّه الصدور، و ايم اللّه لو لا مخافة الفرقة من المسلمين أن يعودوا إلى الكفر، و يعود الدين، لكنّا قد غيّرنا ذلك ما استطعنا، و قد ولي ذلك ولاة و مضوا لسبيلهم و ردّ اللّه الأمر إليّ، و قد بايعاني و قد نهضا إلى البصرة ليفرّقا جماعتكم، و يلقيا بأسكم بينكم
بحار الانوار، ج 32، ص111 ; الكافئه، ص19
Demi Allah, mata-mata menangis, hati-hati teraniaya dan dada-dada kami sudah penuh dari kemarahan, perseteruan dan permusuhan. Jikalau tidak takut akan perpecahan kaum muslimin yang membawa kepada kekufuran mereka, demi Allah akan setiap saat akan saya ubah kekhalifahan, namun saya mendiamkan diri… Biharul Anwar, jil 32 halaman 111
Hujjatul Islam Moawenian dalam ceramahnya menceritakan kisah berikut. Ulama besar Syiah, Allamah Amini, menyampaikan sebuah pertanyaan sederhana di hadapan para ulama ahlusunah: Siapakah imamnya Fatimah binti Muhammad?
Ada sebuah kisah nyata tentang Allamah Amini (penulis kitabal-Ghadir). Allamah Amini diundang oleh para ulama suni dalam sebuah acara makan malam ketika beliau ada di Mekah atau Madinah. Pertama kalinya beliau menolak, tapi mereka memaksa. Namun kemudian, beliau menerima dengan satu syarat bahwa dia hanya datang untuk makan malam, bukan diskusi, karena pandangan beliau sudah dikenal. Mereka menerima persyaratannya. Mereka mengatakan kalau beliau datang, barulah akan dipikirkan apa yang akan dilakukan.
Dalam pertemuan tersebut terdapat sekitar 70-80 ulama besar suni yang menghafal antara 10-100 ribu hadis yang ada. Setelah mereka makan, mereka ingin mengajaknya terlibat dalam diskusi dan dengan cara ini mereka dapat membuatnya terdiam. Tapi Allamah Amini mengingatkan mereka tentang peraturan bahwa dia datang hanya untuk makan malam.
Salah satu di antara mereka kemudian mengatakan bahwa akan lebih baik jika masing-masing di antara yang hadir dapat mengutipkan sebuah hadis. Dengan cara ini, allamah juga akan terlibat menyampaikan hadis dan hadis tersebut dapat membantu mereka untuk memulai diskusi. Semuanya menyampaikan sebuah hadis sampai akhirnya giliran Allamah Amini. Mereka memintanya untuk menyampaikan sebuah hadis dari Nabi Muhammad saw.
Allamah mengatakan tidak masalah, tapi dia akan menyampaikan sebuah hadis dengan satu syarat: setelah hadis disampaikan, masing-masing dari kalian harus menyampaikan pandangan tentang sanad dan kebenaran hadis tersebut. Mereka menerimanya.
Kemudian, beliau menyampaikan bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda: “Siapa yang tidak mengenal imam zamannya kemudian meninggal, maka meninggalnya sama seperti pada masa jahiliah.”
من مات و لم يعرف إمام زمانه مات ميتة جاهلية
Kemudian ia bertanya kepada masing-masing dari mereka tentang kebenaran hadis tersebut. Mereka semua menyatakan bahwa hadis tersebut benar dan tidak ada keraguan tentangnya dalam semua kitab rujukan suni. Kemudian allamah mengatakan bahwa kalian semua sepakat tentang kebenaran hadis ini. “Baiklah, saya mempunyai satu pertanyaan. Katakan kepada saya apakah Fatimah mengenali imamnya? Lalu siapakah imamnya? Siapakah imamnya Fatimah?”
Tidak ada yang menjawabnya. Mereka semua terdiam dan setelah beberapa lama satu per satu meninggalkan tempat. “Allah mengetahui bahwa saya melakukan diskusi ini dengan ulama suni di Masjidilharam dan dia adalah orang yang sangat ahli dan berpengetahuan. Dia hanya tertawa. Aku tanyakan kepadanya jawaban pertanyaan saya, tapi dia hanya tertawa.”
Saya mulai marah dan mengatakan padanya, “Apa yang Anda tertawakan?” Dia menjawab, “Saya menertawakan diri saya sendiri.” Saya tanya, “Benarkah?” Dia menjawab, “Ya.” Saya tanya lagi, “Mengapa?”
“Karena saya tidak tahu bagaimana menjawab pertanyaan Anda. Jika saya katakan Fatimah tidak mengenal imam pada zamannya, itu berarti dia wafat sebagai orang kafir. Tapi tidak mungkin pemimpin para wanita di dunia ini tidak mengenal imamnya. Tidak pernah mungkin!”
“Jika Fatimah mengenal imamnya, bagaimana saya bisa mengatakannya? Misal Abu Bakar adalah imamnya, tetapi Bukhari dalam kitabnya menuliskan fakta bahwa Fatimah wafat dalam keadaan marah… Tidak mungkin bagi Fatimah untuk marah kepada imamnya!”
Fatimah adalah alasan terkuat kami. Karena Fatimah, tidak ada tempat untuk menyembunyikan kebenaran. Karenanya, menghidupkan nama Fatimah dan menangis untuk kesyahidahannya adalah seruan kepada tauhid. Menangis untuk Fatimah, pintu dan rumahnya yang terbakar adalah menangis untuk Alquran yang juga terbakar!
Dengan ini dapat kita rumuskan, diamnya Ali bin Abi Talib dan beliau membiarkan Abu Bakar memerintah bukanlah dalil keridhaannya, hakikatnya beliau ingin menjaga agama Islam dari musnah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar