Laman

Selasa, 22 Mei 2012

Mengapa Kami tidak memakan ikan Yang tidak bersisik?

Satu kajian di Jepun mengesahkan bahawa jenis ikan yang tidak bersisik membawa risiko yang tinggi kepada kesihatan. Samada ikan jenis dari laut atau sungai seperti  patin dan keli atau ikan laut seperti pari(sekadar menyebut). Risiko ikan jenis tidak bersisik adalah kerana ia mengandungi kandungan RAKSA (MERCURY) yang tinggi dari ikan bersisik. Kesan raksa kepada seorang wanita mengandung yang kerap makan ikan tidak bersisik , insya ALLAH bakal melahir bayi `down syndrome’ . Kesan raksa yang lain adalah kandungan toksid yang tinggi dalam darah yg menjurus kepada penyakit kronik.

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu..”(Al Baqarah, 2:168)

Oleh kerana makanan dan minuman adalah penting untuk keberterusan umat manusia, maka Allah telah memberi panduan yang terang tentang apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak. Sebagai tambahan, kita juga telah diberi tunjuk ajar tentang adab dan sikap dalam makanan. Secara langsung, makan dan minum telah menjadi satu cara untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah swt, dan dengan mematuhi peraturan syariah, seseorang itu telah menunjukkan komitmen beliau kepada agamanya.

Kita dibenarkan memakan sebarang ikan asalkan ia mempunyai sisik. Makhluk laut yang lain seperti ikan paus, yu, ketam dan lain adalah haram. Satu-satunya pengecualian adalah udang, yang mana dibolehkan untuk dimakan.

Untuk membolehkan ikan itu halal dimakan, maka ia mesti diambil dalam keadaan hidup dari air tanpa mengira siapa yang menangkap atau cara menangkapnya. Untuk lebih lanjut, baca di sini.

Kajian saintifik telah semakin maju dan semakin ramai doktor dan pakar pemakanan menggalakkan penambahan ikan atau minyak ikan sebagai sebahagian dari diet. Kajian menunjukkan memakan ikan sekali atau 2 kali seminggi akan membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, yang mana merupakan sebab utama penyakit jantung.

Ikan bukan sahaja merupakan makanan yang mudah dan cepat untuk disediakan, malah ia mudah dihadamkan, berprotein tinggi, rendah kandungan sodium dan kalori. Ini dapat difahami apabila para pengguna yang mempunyai kesedaran kesihatan sudah mula menjadikan ikan sebagai alternatif kepada daging merah.
 
Berhati-hati dengan ikan tanpa sisik

Sangat menarik diperhatikan, peraturan makanan Kosher (agama Yahudi)  turut mengharamkan memakan ikan tanpa sisik.  Ini telah menyebabkan banyak sekali makanan yang lazat seperti kerang,siput,ketam,belut dan lain-lain “dibuang” dari senarai makanan.

Jelas sekali Tuhan yang maha esa mengetahui perkara yang mana bertahun lamanya untuk saintis membuat penemuan. Sekarang kita mengetahui bahawa ikan yang bersisik mempunyai sistem penghadaman yang menghalang penyerapan racun dan toksin ke dalam daging mereka.

Ikan keli adalah contoh ikan tidak bersisik. Ikan pembangkai ini mempunyai sistem panghadaman yang menyerap toksin dari air. Ketam, lobster, kerang dan sotong tidak mempunyai sisik dan diketahui bertoksid tinggi. Mereka menyerap segala toksin secara semula jadi dari air di sekeliling mereka. Menarik juga untuk diketahui bahawa lobster dan ketam adalah krustasia yang merupakan sebahagian dari keluarga antropod, termasuklah lipas, labah-labah dan lipan.

Wallahualam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar