Laman

Selasa, 22 Mei 2012

Biografi Ayatollah al Uzma Syeikh Nasser Makarem Shirazi

Biografi Ayatollah Makarem

Ayatollah al Uzma Syeikh Nasser Makarem Shirazi, seorang ulama besar di Hauzah Ilmiah Qom, beliau mengajar Fiqh dan Usul Fiqh peringkat tinggi di sana. Syeikh Shirazi dilahirkan pada tahun 1929, 1345 hijrah, di wilayah Shiraz, dari keluarga yang kuat beragama. Beliau menamatkan persekolahan rendah dan menengah sebagai seorang pelajar yang sangat bijak, dan memulakan pengajian agama ketika umur 14 tahun, di Sekolah Agha Baba Khan. Ketika beliau berumur tidak lebih dari 18 tahun, beliau telah pun menulis Hasyiyah(nota marginal) tentang Kifayah al Usul. Tepat keitka beliau berumur 18 tahun, beliau memulakan pengajian hauzah di kota suci Qom, dan memanfaatkan ilmu dari ramai Ayatollah besar, antaranya, Ayatollah Boroujerdi.


Demi meneruskan pengajian hauzahnya, pada tauhn 1959, beliau berhijrah ke Najaf al Asyraf, Iraq. Di sana beliau menghadiri kuliah-kuliah dari ulama-ulama besar seperti Ayatollah al Hakim, al Khoie, dan Sayyid Abdul Hadi Shirazi. Berkat penat lelah beliau, pada umur 24 tahun, beliau telah memperoleh Ijazah Ijtihad daripada 2 Ayatollah al Uzma di Najaf al Asyraf.

Pada tahun 1960, beliau kembali semula ke Iran, dan mengajar subjek berkaitan Fiqh dan Usul Fiqh. Ayatollah Makarem Shirazi bersama ramai sarjana dari Qom, telah mengasaskan risalah bulanan “Madrisatul Islam” dengan sokongan penuh para ulama besar di Qom.

Antara peranan beliau ialah menubuhkan banyak institusi pendidikan antaranya Sekolah Imam Ali, Imam Hassan Mujtaba dan Imam Hussain(solawat ke atas mereka semua) di Qom.

Beliau telah menulis ratusan buku, sesetengah darinya telah dicetak semula sebanyak 30 kali. Ada juga antara buku beliau yang diterjemah ke pelbagai bahasa, antaranya:

* Tafsir Quran bertajuk Nemouneh
* At-Tafseerul Amthal – Telah diterjemah ke bahasa Inggeris, Aab dan Urdu
* Al-Idarah wal Qiyadah fil Islam,
* Az-Zahra Sayidahtun nisail Aalamin,
* Mazharul Haq,
* Al-Itisal Bil Arwah,
* Al-Khatout Al-Asasiyah Lil Iqtesad Al-Islami,
* Aqeedatul Muslim,
* Hakumatul Mahdi (ATF) Al-Alamiyah,
* Al-Miraj wa Shaqqul qamar, Al-Ibadah fil Qutbain

Beliau mempunyai laman web sendiri yang memuatkan berbagai ilmu dan info berguna, boleh di lawati di laman berikut:
http://www.makaremshirazi.org/english/
Semoga Allah merahmati beliau.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar