Laman

Selasa, 22 Mei 2012

Biografi Ringkas Sayyid Kamal al Haidari

 Ayatollah Sayyid Kamal al Haidari

Salam dan solawat. Dalam post lepas, saya ada menyebut nama Ayatollah Kamal al Haidari, satu nama yang saya sangat respek dan minati. Beliau sangat terkenal dengan rancangan di television yang membincangkan isu-isu Syiah dari sumber Sunni. Di atas kehendak Allah dan usahanya, beliau telah mendapat penghormatan yang besar dari kalangan kaum Muslimin dan berjaya menjengkelkan musuh-musuh Islam. Betapa ramai manusia yang terbuka ke arah jalan Ahlulbait(as) kerana kuliah dan rancangan-rancangan beliau, salah seorangnya ialah saya sendiri. Semoga Allah merahmati beliau, dan meletakkan beliau di bawah lindungaNya.


Banyak video youtube beliau yang saya feveretkan, InsyaAllah, saya akan postkan video beliau pulak dalam blog ini. Untuk akaun youtube saya, boleh klik sini.

Sayyid Kamal al Haidari dilahirkan di kota suci Karbala pada tahun 1956. Beliau dibesarkan dalam suasana penuh keilmuan dan menamatkan pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi di Karbala, sementara dalam masa yang sama menghadiri kuliah tajwid dan pengajian Al Quran di bawah pengawasan Mulla Jasem al Humairi. Beliau merupakan seorang penuntut yang sangat istimewa serta lebih disukai oleh gurunya dari teman-teman sebaya beliau. Sebagai hasilnya, beliau akan menggantikan gurunya dalam tugas mengajar jika si guru tidak dapat menghadirkan diri. Minat beliau terhadap pengajian di Hauzah bermula di Karbala apabila beliau berjaya menamatkan pengajian peringkat permulaan(Muqaddimat) di bawah gurunya Syeikh Hussain al Uthayn dan Syeikh Ali al Uthayn. Seterusnya, beliau berhijrah ke kota suci Najaf demi menyambung pengajiannya dalam pengajian agama. Hasilnya, beliau berjaya mendapatkan Ijazah Pengajian Islam pada tahun 1987. Selain dari pengajian akademiknya, minat beliau terhadap pengajian Hauzah mendorong beliau untuk menamatkan peringka pengajian sutuh al aliyah.

Antara guru pengajian Bath al Kharej:

1)  Ayatollah Sayyed Muḥammad Bāqir ‘al-Ṣadr.
2)  Ayatollah Sayyed ‘Abul-Qāsim ‘al-Mousawῑ ‘al-Khu’ῑ.
3) Ayatollah Sayyed Muḥammad Taqῑ ‘al-Ḥakῑm.
4)  Ayatollah Shaykh Mῑrza ‘Alῑ ‘al-Gharawῑ.
5)  Ayatollah Sayyed Nasrullah ‘al-Mustanbt.

Adalah diceritakan bahawa ketika Sayyid menghadiri kuliah Bath al Kharij di bawah Ayatollah Muhammad Baqir al Sadr, Sayyid Haidari tidak memakai serban, maka Sayyid al Sadr memintan Sayyid al Haidari agar mengenakan serban agar pengajiannya menjadi formal, antara guru beliau yang lain:

1) Ash Syahid Ayatollah ‘abdel Ṣaḥeb ‘al-Ḥakῑm.
2) Ayatollah Shaykh Bashῑr ‘al-Najafῑ.

Guru di atas adalah khas dalam bidang pengajian Fiqh dan Usul al Fiqh. Sementara dalam bidang falsafah dan teologi, Sayyid Haidari memilih untuk menuntut di bawah Sayyid Muslim ʾal-Ḥellī dan Sheikh ʿAbbas ʾal-Qochānī[Pengganti bagi seorang ulama yang sangat alim, Ayatollah Sayyed ʿAlī ʾal-Qāḍī.]

Apabila situasi di Najaf menjadi sangat buruk, dan tekanan yang besar diberikan kepada para ulama, akibat pemerintahan parti baath, Sayyid Haidari meninggalkan Najaf dan berhijrah ke Kuwait. Tidak lama dari itu, beliau menetap di kota suci Qom, yang diiktiraf sebagai pusat pengajian Hauzah di Iran dalam pelbagai cabang ilmu Islam.

Bermula dari tahun 1983, Sayyid Haidari menyambung pengajian Hauzahnya dalam semua peringkat. Beliau menghadiri kuliah pengajian Ayatollah al Uzma Syeikh Wahid al Khurasani sehingga ke akhir pengajian Usul(Prinsip Fiqh). Beliau juga menghadiri pengajian Solat dan bidang fiqhnya selama 6 tahun di bawah guru yang sama. Antara guru beliau yang lain ialah Ayatollah al Uzma Syeikh Mirza Jawad Tabrizim yang mana Sayyid Haidari menuntut dari beliau selama 2 tahun.

Tidak lupa juga, beliau menuntut Bath al Kharij dengan Syeikh Murtadha al Haeri, anak kepada Syeikh Abdul Karim al Haeri, pengasas Hauzah Islami di Qom.

Untuk bidang falsafah dan Irfan pula, beliau melunaskan dahaga ilmu beliau dengan menuntut dengan sekumpulan ulama agung, antaranya, Ayatollah Sheikh Jawādi ʾAmolī (dt) dan Ayatollah Sheikh Ḥassan Zāda ʾAmolī, serta Ayatollah Mesbāḥ Yazdī.

Apabila pihak hauzah menyaksikan minat dan ilmu beliau dalam semua bidang, beliau telah di minta untuk mengambil tanggungjawab mengajar dan memberi kuliah dalam bidang berikut:

Fiqh Islam:
1. ʾal-Lumʿa ʾad-Dimashqiyya
2. ʾal-Makāseb ʾal-Muḥarrama
3. Kītāb-ul-bayʿ
4. Khārij ʾal-Makāsib

Usul al Fiqh
1. Usul Fiqh Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr
2.Prinsip Umum Perbandingan Fiqh Sayyed Muhammad Taqi al-Hakim
3. al Maahadat Shaykh al-a’tham.
4. Kharej al-Usul

Falsafah Islam
1. Bidayat ʾal-Ḥikma, Sayyed Muḥammad Ḥusayn Ṭabeṭabaʾī
2. Nihayat ʾal-Ḥikma, Sayyed Muḥammad Ḥusayn Ṭabeṭabaʾī Tabetabaei
3. ʾal-Manhaj ʾal-Jadīd fī taʾlīm ʾal-falsafah, Ayatollah Sheikh Mesbāḥ Yazdī
4. Bab an Nafs dari ʾal-manẓuma oleh Mulla Hādī Sabzawārī
5. ʾal-ʾAsfar ʾal-ʿqaliya ʾal-ʾarbʿa, volume 1, Mulla Sadra
6. ʾal-ʾAsfar ʾal-ʿqaliya ʾal-ʾarbʿa, volume 9, Mulla Sadra
7. ʾal-ʾAsfar ʾal-ʿqaliya ʾal-ʾarbʿa, volume 2, Mulla Sadra
8. ʾal-ʾAsfar ʾal-ʿqaliya ʾal-ʾarbʿa, volume 6, Mulla Sadra

Mantik
1. Kitab al Mantik oleh Sheikh Muẓaffar

Teologi Islam
1. ʾal-Bāb ʾal-Ḥādī ʿashar
2. Pengajian Tauhid
3. Pengajian “Adalah
4. Pengajian Imamah

‘Irfan
1. Tamhīdʾ al-Qawāʿed by ʾIbn Turkah ʾal-ʾisfahānī
2. Fusus ʾal-Ḥikam

Dan banyak lagi antaranya Tafsir Al Quran.
So kalau nak ajak untuk debat, beliau ialah antara calon yang paling sesuai.
Semoga Allah merahmati beliau.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar