Laman

Jumat, 28 Oktober 2011

Fiqh Solat al Jamaah


Salamun alaikum wa rahmatollah. Bismillahi Taala
Solat berjemaah bermaksud melaksanakan solat bersama Muslim yang lain, dengan salah seorang dari mereka memimpinnya. Orang yang memimpin dikenali sebagai Imam, dan yang mengikuti dikenali sebagai makmum. Untuk solat fardhu, jumlah minimum untuk solat fardhu adalah 2 orang. Untuk solat Jumaat, minimun 5 orang termasuk Imam.


Tiada solat berjemaah untuk solat mustahab, kecuali Solat al Istiqa(mohon hujan) dan Solat al Eid, yang mana mustahab di era keghaiban Imam Zaman(a).
Kepentingan Solat
Solat merupakan ibadah yang paling penting dalam Islam, dan jika ianya diterima oleh Allah swt, maka ibadah lain juga turut diterima. Telah diriwayatkan dari Imam Jaafar Sodiq, yang meriwayatkan dari para bapanya, yang meriwayatkan dari Rasulullah(s) bersabda:
“Jika wujud satu saliran di rumah mana-mana dari kalian, yang mana beliau menyucikan dirinya 5 kali sehari, adakah akan wujud lagi kotoran di badan kalian? Sesungguhnya solat adalah sama dengan saliran itu. Seseorang yang menunaikan solat fardhu, menyucikan dosa-dosanya, kecuali dosa yang mengeluarkan beliau dari keimanan yang diimaninya”. (Bihar al-Anwar, Vol. 82, hal. 236)
Di dalam Islam, mungkin tiada lagi amalan mustahab yang memberi manfaat dan ganjaran yang lebih besar dari solat berjemaah. Berkaitan dengan kepentingannya, kami nukilkan satu riwayat yang mengatakan bahawa:
· Jika dua orang berjemaah, ganjarannya adalah sebanyak 150 solat untuk satu rakaat
· Jika 3 orang berjemaah, ia akan menjadi 600 solat untuk satu rakaat
· Jika 4 orang berjemaah ia akan menjadi 1200 solat untuk satu rakaat
· Ganjaran untuk 5 orang solat berjemaah adalah seperti 2400 solat untuk satu rakaat, dan begitulah seterusnya ganjaran itu berganda jika lebih ramai orang menyertai solat jemaah itu. Diibaratkan bahawa jika lebih dari sepuluh orang berjemaah, maka walaupun jika semua awan itu adalah kertas, semua lautan itu adalah dakwat, semua pokok adalah pen, dan semua manusia, jin dan malaikat adalah penulis, maka mereka tidak akan mampu merekodkan ganjaran untuk satu rakaatnya.
Di dalam riwayat yang sama, disebutkan takbir yang disebutkan selepas seorang imam adalah lebih baik dan disayangi Allah dari 60,000 Haji dan Umrah, lebih baik dari dunia dan segala isinya. Setiap rakaat dalam solat berjemaah adalah lebih baik dari sedekah 100,000 dinar kepada orang miskin, dan sujudnya lebih baik dari membebaskan 100 orang hamba.
Adalah sangat digalakkan untuk menunaikan semua solat fardhu secara berjemaah, penekanan diberikan kepada subuh, Maghrib dan Isyak, serta kepada mereka yang tinggal berjiran dengan masjid, atau kawasan yang kedengaran azannya dari rumah mereka.
Oleh itu, adalah satu perkara yang sangat tidak disukai untuk mengambil ringan atau mengabaikan Solat al Jamaat, dan mengikut hukum Islam, adalah tidak dibenarkan untuk menjauhkan diri dari Solat al Jamaat tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Satu lagi tindakan mustahab adalah untuk menunggu sedikit waktu untuk Solat al Jamaat, kerana solat berjemaat yang pendek adalah lebih baik dari solat bersendirian yang panjang. Malah, sekiranya solat telah pun didirikan, namun secara berseorangan, adalah mustahab untuk solat sekali lagi secara berjemaah

Susunan Solat al Jamaat
Imam Jemaah berdiri di hadapan para makmum, yang membentuk satu barisan lurus, berdiri hampir, bahu membahu antara satu sama lain. Berkaitan jarak antara barisan(saf), mengikuti ihtiyat mustahab, jaraknya haruslah cukup untuk bersujud.
Apabila hanya dua orang sahaja untuk bersolat Jamaat, adalah mustahab untuk seorang makmun, berdiri sedikit belakang, bahagian kanan seorang Imam, walaubagaimanapun, dibenarkan untuk berdiri selari dengan seorang Imam. Apabila ramai makmum, mengikut ihtiyat wajib, makmum itu tidak boleh berdiri di tepi Imam, tetapi di belakangnya.
Tempat berdiri seorang Imam tidak boleh lebih tinggi dengan ketinggian 4 jari dirapatkan dari kedudukan para makmum. Bagaimanapun kedudukan makmum boleh lebih tinggi dari Imam, sudah tentu ia perlulah munasabah bagi memastikan tampak solat itu sebagai solat berjemaah.

Disiplin Dalam Solat al Jamaat
Sebagai seorang Imam, beliau mesti mengambil kira bahawa ada kemungkinan para makmum mungkin ada orang yang sudah tua, lemah dan tidak sihat, maka atas sebab itu beliau perlulah mengelakkan surah, bacaan qunut, rukuk,sujud yang panjang. Kelajuan beliau perlulah sederana agar sesuai dengan semua peringkat umur dan keadaan.
Di dalam solat yang mana bacaan surah perlu dikuatkan, suara Imam perlulah sesuai agar boleh didengari oleh semua makmum.
Apabila seorang Imam yang sedang berada di dalam keadaan rukuk mengetahui bahawa ada seorang makmum baru ingin menyertai solat jemaah, maka mustahab bagi beliau memanjangkan rukuk itu 2 kali dari panjang yang biasa, kemudian bangunlah tanpa perlu lagi menunggu jika ada lagi orang baru.
Untuk para makmum, saf haruslah lurus, dan setiap orang perlu rapat antara satu sama lain, bahu membahu. Selagi ada kekosongan di sesuatu saf itu, maka, ia harus dipenuhi sebelum saf baru diwujudkan, dan adalah makruh untuk seseorang itu berdiri berseorangan(terpisah).
Adalah makruh untuk seorang makmum, membaca zikir sehingga dapat didengari oleh Imam. Jika seseorang makmum itu ingin menyertai seorang Imam ketika beliau sedang rukuk, tetapi risau tidak sempat, maka beliau boleh membuat isyarat secara sopan kepada Imam untuk memberitahu kepada beliau akan keinginan kita untuk meyertai solat itu. Kemudian bersegeralah menyertai jemaah, kerana mungkin akan menimbulkan ketidak senangan kepada para jemaah yang lain

Kelayakan Imam Solat al Jamaah
  • Baligh Samada sudah berumur 15 tahun atau keluarnya air mani melalui mimpi
  • Waras (‘ Aqil)
  • Syiah Imamiah(Mempercayai Wilayah 12 orang Imam dari Ahlulbait) Ini adalah sebagai ihtiyat(precaution) dari para ulamak seperti Sayyid Sistani, tetapi ramai juga ulamak seperti Ayatollah Khamenei, yang mengeluarkan fatwa sah berimamkan Sunni, asalkan beliau melepasi syarat kelayakan yang lain.
  • Adil  Bermakna tidak melakukan dosa-dosa besar secara terbuka, serta sah taraf kelahirannya
  • Mampu membaca dengan sempurna
  • Seorang wanita boleh mengimamkan solat hanya jika semua makmumnya orang wanita sahaja.
Bagaimana untuk menyertai Solat Jemaah
Berniatlah untuk bersolat di belakang seorang Imam. Solat anda tidak akan dikira sebagai solat al jamaah jika anda tidak berniat, ini adalah penting
Sebutkanlah takbiratul ihram selepas Imam mengucapkannya, agar terjaga solat jemaah itu.
Mendengar Bacaan Imam
Di dalam 2 rakaat pertama, Imam akan membaca Surah al Fatihah, dan sebuah lagi surah yang lengkap dari Al Quran. Jika anda bersolat Subuh, Maghrin atau Isyak, maka seorang Imam itu akan membaca secara kuat, maka anda haruslah senyap dan mendengar bacaan Imam. Di dalam solat Zuhur dan Asar, Imam akan membaca secara perlahan, dan anda juga masih perlu untuk senyap, dan tidak membaca apa-apa bacaan atau surah.
Selain dari 2 buah surah itu, bacaan lain perlu dibaca sendiri oleh makmum. Ringkasnya, selain dari 2 surah di dalam 2 rakat pertama, bacaan yang lain harus di baca sendiri oleh makmum

Mengikut Imam
Telah disebutkan sebelum ini, bahawa takbiratul Ihram  perlu disebutkan terlebih dahulu selepas Imam melakukannya. Jika anda menyebut terlebih dahulu, tiada jamaah untuk anda
Begitu juga dengan tindakan yang lain, janganlah mendahului Imam. Rukuk hanya setelah Imam rukuk. Bagaimanapun, dari segi bacaan, tiada masalah jika mendahului Imam, malah boleh memberi salam lebih dahulu dari Imam.
Jikalau anda secara terlupa, telah mendahului Imam, maka kembalilah ke posisi asal Imam sedang berada.



Masa dan ketika untuk menyertai Solat al Jamaah
Anda boleh menyertai solat al jamaah pada mana-mana ketika sebelum Imam bangun dari rukuk. Jika beliau telah bangun, maka anda harus menunggu sehingga Imam berdiri untuk rakaat seterusnya.
Anda tidak boleh menyertai Imam ketika beliau sedang bersujud, juga tidak boleh ketika beliau bangun sebentar dari rukuk.

Beberapa Soalan Lazim
Q. Bolehkah saya menyertai Imam ketika beliau membaca surah kedua
A. Ya.
Q. Ketika beliau membaca qunut?
A. Ya, malah boleh turut mambaca qunut
Q. Bagaimana saya menyertai ketika Imam sedang rukuk?
A. Niat, takbir dan terus rukuk. Ini dikira sebagai 1 rakaat.
Q. Bagaimana saya boleh menyertai ketika rakaat ketiga atau keempat?
A. Di dalam rakaat ketiga atau keempat, Imam selalunya tidak akan membaca surah al fatihah, tetapi membaca Tasbihatul Arbaah. Oleh itu jika anda menyertai ketika Imam masih berdiri, maka anda harus membaca surah al Fatihah, dan tidak boleh berdiam diri. Jika anda merasakan anda tidak sempat menghabiskan Fatihah kerana mungkin tidak sempat rukuk bersama Imam, maka sertailah solat al jamaah ketika Imam sedang rukuk. Adalah sentiasa digalakkan untuk menyertai Imam ketika rukuk untuk rakaat ketiga dan keempat.
Q. Jika saya menyertai Solat al Jamaah di rakaat ketiga bagi Imam itu, apa yang perlu saya lakukan untuk rakaat kedua bagi saya, dan rakaat keempat bagi Imam itu?
A. Anda harus lakukan sebagaimana rakaat kedua dan membaca surah al Fatihah serta satu lagi surah lengkap, dan cbalah sedaya upaya untuk rukuk bersama Imam, jika tidak sempat, al Fatihah juga sudah memadai.
Q. Perlukah solat saya sama dengan Imam saya dari segi waktu?
A. Tidak semestinya. Anda boleh solat maghrib di belakang Imam yang sedang bersolat Isyak, contohnya.

Peserta Lambat
Menjadi satu perkara yang mustahab untuk berada dalam Solat al jamaah dari mula. Malah, wujud satu ganjaran yang sangat besar untuk menyebut takbir sejurus selepas Imam menyebutnya, dan sebelum pembacaan surah al Fatihah.
Bagaimanapun, jika terdapat sebab yang tidak dapat dielakkan dan anda terlambat berjemaah, maka, anda harus berjemaah seberapa rakaat yang boleh dan bakinya secara berseorangan.
Sebagai contoh, jika anda menyertai solat Asar ketika Imam sedang berada di rakaat kedua, apabila Imam menghabiskan solatnya di rakaat keempat, maka anda harus menukar niat ke solat secara furada dan menghabiskan baki 1 rakaat secara berseorangan.
Jika anda di rakaat pertama, tetapi Imam sudah di rakaat kedua, ketika beliau di posisi tashahud, maka mengikut ihtiyat, anda harus berada di dalam kedudukan Tajafi, iaitu jari dan kaki masih di permukaan, dalam keadaan separa bangun, dan mendengar bacaan Tashahud Imam. Kes yang sama juga jika anda berada di rakaat ketiga tetapi Imam di rakaat keempat.
Apabila seseorang itu sampai dan Imam sudah berada di posisi Tshahud terakhir, beliau masih boleh mendapat ganjaran berjemaah dengan cara niat, takbir dan terus ke posisi tashahud. Apabila Imam sudah memberikan salam, terus berdiri dan mulakan rakaat pertama tanpa perlu niat dan takbir semula.
Sambungan Saf dalam Solat al-Jamaat
Orang pertama yang berdiri betul-betul di belakang Imam adalah bersambung dengan Imam, dan seterusnya orang-orang di sebelahnya. Apabila saf semakin menjauhi Imam, sambungan dengan Imam adalah melalui bahu membahu antara makmum.
Sambungan harus selalu di jaga dalam solat berjemaah, kerana jika ia terputus, maka tiada lagi solat secara berjemaah. Jika seseorang itu solat secara Qasar, maka beliau harus cuba mengelakkan dari berada di saf hadapan, kerana jika beliau memilih untuk duduk di 2 rakaat terakhir, maka sambungan saf akan terputus dan menyebabkan terbatalnya solat secara jemaah(bukan terbatal solat) para makmum lain. Bagaimanapun jika beliau dengan segera menyambung solat lain secara berjemaah, maka hubungan saf itu akan tersambung semula dan tiada masalah.
Jika seorang musafir berada di saf yang lain, maka tiada masalah walaupun jika beliau memilih untuk duduk di dua rakaat yang terakhir.

Kecemasan Di dalam Salat al-Jama’at
# Jika solat seorang Imam terbatal akibat apa sahaja sebab, Makmum dibelakangnya boleh sahaja ke hadapan untuk menggantikannya, dengan syarat beliau memenuhi syarat seorang imam. Para makmum lain akan menukar niat untuk mengikut Imam yang baru itu.
# Jika tiada orang lain yang pergi ke hapadan untuk meneruskan Solat al Jamaah, maka para makmum akan menukar niat solat mereka kepada secara furada dan menyempurnakannya secara sendirian.
#  Jika seseorang itu pengsan atau terjatuh ketika solat berjemaah, orang-orang di sampingnya boleh membatalkan solat untuk membantu beliau.
#  Jika seseorang di saf hadapan terbatal solatnya, beliau mesti keluar dari saf itu secepat mungkin, jangan berhenti atau meneruskan, kerana beliau akan menjadi penghalang kepada sambungan saf. Apabila beliau keluar dari saf, akan wujud satu kekosongan, maka para makmum di sebelahnya, mesti memenuhi kekosongan itu secara beransur-ansur.
# Walau atas sebab apa pun, Solat al Jamaah itu terbatal, seorang makmum dilarang membatalkan solatnya, tetapi mesti menukar niat solatnya kepada furada.

Sedikit Riwayat Tentang Berjemaah
1]. Rasulullah(s) bersabda: “Sesungguhnya, bila seorang hamba menunaikan solat secara berjemaah, dan memohon sesuatu kepadaNya, maka Allah swt berasa malu selagi Dia tidak menunaikannya.”
2]. : Rasulullah(s) bersabda:”Satu solat yang ditunaikan secara berjemaah, adalah lebih bail dari 40 tahun berseorangan.”

Sumber: www.islamic-laws.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar