Bersujud di atas tanah-Satu Jawapan
Bersolat di atas bumi.
Sebagai seorang Syiah, kami mempercayai cara untuk sujud yang paling sempurna ialah dengan meletakkan kepala kita di atas bumi kerana ia adalah kawasan yang paling rendah yang mampu di letakkan ketika seseorang itu mengingati Allah swt. Bersujud itu sendiri adalah salah satu gerakan bagi menunjukkan betapa hina nya kita di hadapan Allah swt. Di hadapannya, kita tidak bernilai, kita adalah hamba yang tidak layak untuk Allah swt. Dan jika ia dilakukan di atas tanah, ia akan mempunyai kesan yang lebih mendalam dari, contohnya bersujud di atas karpet. Di dalah buku Ahlul Sunnah, Targhib wal Tarhib, Volume 1 Ms 581, berbunyi:
“Rasulullah saw bersabda: Jadikanlah muka kamu berdebu, and selimutilah hidung kamu dengan debu.”
Nabi saw juga menerangkan sebab musabab untuk sujud di atas tanah dengan cara yang paling indah. Di dalam Kanz al Ummal, kita dapat lihat hadis-hadis yang dengan indahnya MENGARAHKAN (semasa sujud) menyapu dahi pada tanah dan sebab musababnya:
Kanz al Ummal Volume 7 Hadis 19778:
“Sapu lah diri kamu dengan tanah kerana ia adalah rahmat dan berkat buat kamu, rahmat seperti kasih sayang seorang ibu pada anak-anaknya, sesungguhnya kamu telah dicipta darinya, ia adalah hidup kamu(makanan) dan kepadanya kamu akan di tanam.”
Ini sama seperti ketika Imam Jaafar As Sadiq ditanya tentang falsafah bersujud di atas tanah, dia berkata:
” Oleh kerana bersujud bermaksud berserah diri dan menghinakan diri sendiri pada Yang Maha Kuasa, maka ia tidak sepatutnya dilakukan diatas sesuatu yang boleh dipakai atau di makan, kerana seseorang itu adalah hamba kepada apa yang di makan dan yang di pakai, manakala bersujud pula adalah tindakan menyembah Allah. Jadi ia tidak sepatutnya meletakkan kepalanya diatas apa yang disembah manusia dan menguasai mereka.”
Wasa’il al-Shi’ah, Vol 3 ms 591
Wasa’il al-Shi’ah, Vol 3 ms 591
Orang-orang ang rapat dengan Rasulullah saw dan Ahlul Bayt baginda sangat erat dengan amalan bersujud di atas tanah dan dengan berbuat begitu, mengikuti amalan keturunan mereka, Rasulullah sallallahu alaihi wa salam.
Imam Jaafar As Sadiq berkata: “Bersujud adalah tidak dibenarkan kecuali di atas tanah atau apa sahaja yang tumbuh darinya, kecuali sesuatu yang di makan atau kapas.”
Wasa’il al-Shi’ah, Volume 3 ms 592
Wasa’il al-Shi’ah, Volume 3 ms 592
Sujud Di atas Turbah
Shiah selalunya meletakkan Turbah di tempat sujud semasa bersolat, dan tindakan ini dapat di buktikan dari Sunnah Rasulullah saw. Kami mempercayai, tindakan paling zuhud, merendah diri di hadapan Allah swt adalah bersujud di atas tanah, jika di bandingkan dengan kain buatan manusia.
Rasulullah saw bersolat di atas Khumrah
Rasulullah saw bersolat di atas Khumrah
Allamah Waheed Uz Zaman memberi komen tentang perkara ini di dalam Tafsir sahih Al Bukhari.
“Semua ulama bersetuju adalah di bolehkan untuk bersujud di atas sajadah. Tetapi Umar Ibnu Abdul Aziz mengatakan yang dia bersujud di atas lumpur, yang akan di bawakan pada baginda setiap kali bersolat, dan Ibnu Abi Shaybah meriwayatkan dari Urwah yang mengatakan bersujud di atas sesuatu selain Khumrah adalah makruh.”
Tayseer al-Bari Sharh Sahih Bukhari, Volume 1, ms 275,
Tayseer al-Bari Sharh Sahih Bukhari, Volume 1, ms 275,
Imam Bukhari dan Imam Abu Dawud mengkhaskan satu bab berkenaan bersujud di atas tanah.
1. Tayseer al-Bari Sharh Bukhari, Volume 1, ms 276.
2. Sunan Abi Daud, volume 1,ms 291, Maulana Waheed uz-Zaman.
1. Tayseer al-Bari Sharh Bukhari, Volume 1, ms 276.
2. Sunan Abi Daud, volume 1,ms 291, Maulana Waheed uz-Zaman.
Tindakan Rasulullah sujud di atas tanah adalah sangat terkenal sehinnga hampir semua perawi meriwayatkannya di dalam buku hadis mereka.
Mengikut Imam Shaukani, seorang ilmuan Sunni terkenal, lebih dari 10 orang sahabat Rasulullah saw telah meriwayatkan baginda bersujud di atas Khumrah. Beliau juga menyenaraikan sumber Sunni yang meriwayatkannya termasuk Sahih Muslim, At Tarmizi, Sunan Abu Dawud, Sunan An Nasai dan banyak lagi..
Nayl al-Autaar, Bab Sujud Di Atas Khumrah, volume 2, MS 128
Nayl al-Autaar, Bab Sujud Di Atas Khumrah, volume 2, MS 128
Di dalam Sahih At Tarmizi meriwayatkan Rasulullah bersujud di atas Khumrah.
Berdasarkan Hadis ini lah Imam Malik yang dilahirkan di Madinah berkata:
“Selain tanah, bersujud di atas benda lain atau daun-daun atau tumbuhan adalah makruh.”
Al-Muhalla, volume 3, ms 115, Imam Ibn Hazm Andalasi,
Al-Muhalla, volume 3, ms 115, Imam Ibn Hazm Andalasi,
Apa Itu Khumrah
Hadis-hadis yang meriwayatkan tentang tempat Rasulullah sujud selalunya menyebut:
“Rasulullah pernah bersujud di atas Khumrah.”
“Rasulullah pernah bersujud di atas Khumrah.”
Ilmuan Sunni telah mendefinasikan Khumrah sebagai berikut:
Dr Mushin Khan di dalam Terjemahan Sahih Al Bukhari menyebut Khumrah sebagai:
“Sehelai tikar yang hanya mampu memuatkan muka dan telapak tangan ketika bersujud.”
Ibn Athir, Jami al-’Usul:
” Khumrah adalah seperti yang digunakan oleh Shiah di zaman kita untuk bersujud.”
Ibn al-’Athir, Jami’ al-Usul, (Kairo, 1969), vol. 5, ms. 467
Ibn al-’Athir, Jami’ al-Usul, (Kairo, 1969), vol. 5, ms. 467
Maulana Waheed Uz Zaman Khan Hyderabadi dalam “Lughaat Al-hadeeth” berkata:
“Khumrah adalah sehelai tikar kecil(yang dibuat dari daun palma), atau dibuat dari daun kurma, di mana hanya mampu memuatkan kepala ketika bersujud. Beliau juga turut menyebut…..Walaupun di dalam agama kita adalah di bolehkan untuk bersujud di atas kain, tetapi adalah lebih baik untuk bersujud di atas tanah atau tikar.”
Lughaat ul Hadeeth, volume 1 ms 133,
Amalan peribadi Allamah Waheed Uz Zaman bersujud di atas Khumrah dan mengatakan ia adalah Sunnah
Di dalam muka surat yang sama yang mengandungi perbincangan tentang sujud, maulana Waheed menyebut:
“Saya berpendapat dari Hadis ini, bersujud di atas sesuatu adalah di bolehkan dan adalah tidak betul bagi masyarakat untuk melabelkan tindakan ini sebagai sesat. Berdasarkan hadis ini, saya selalu menyimpan sehelai daun palma untuk digunakan ketika bersujud, dan saya tidak mengendahkan kata-kata dan kritik orang-orang yang jahil. Kita sepatutnya mengambil berat dengan Sunnah Nabi walaupun ada orang melabelkan kita sebagai sesat.”
Lughaat ul Hadeeth, Volume 1, , Ms 133
Lughaat ul Hadeeth, Volume 1, , Ms 133
“Saya selalu menghamparkan tikar saya di dalam masjid yang telah mempunyai kain. Sesetengah orang dari Ahlul Sunnah mengutuk saya dengan mengatakan tidak semestinya dilakukan begini. Mereka tidak memahami yang kita sepatutnya bersolat dengan cara yang paling benar berdasarkan semua orang. Ini sebagai jalan selamat. Ia juga di laporkan dari Rasulullah bersolat di atas kain, tetapi solat wajib tidak dibenarkan ditunai di atas kain. Para sahabat melaporkan Rasulullah bersujud diatas tanah dan tikar dari daun palma.” Lughaat ul Hadeeth Volume 1, ms 113,
Bumi dijadikan sebagai tempat ibadah untuk Rasulullah
Diriwayatkan Jabir bin Abdullah:
Rasulullah bersabda, “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak diberikan kepada orang sebelum ku.
Rasulullah bersabda, “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak diberikan kepada orang sebelum ku.
1. Allah telah memberikan ku kepada kejayaan dengan memberi rasa takut kepada musuh sejauh sebulan perjalanan.
2. Tanah ini telah diciptakan kepadaku dan pengikutku sebagai tempat bersolat dan untuk digunakan bertayyamun, kerana itu, pengikutku dapat bersolat dimana sahaja bila sudah tiba waktu.
3. Rampasan perang telah dijadikan Halal untukku sedang ia tidak halal kepada sesiapa sahaja sebelum ku.
4. Aku telah diberikan hak untuk memberi syafaat di Hari Pembalasan.
5. Setiap nabi diutuskan kepada kaumnya sahaja, tetapi aku diutus kepada seluruh umat manusia.
2. Tanah ini telah diciptakan kepadaku dan pengikutku sebagai tempat bersolat dan untuk digunakan bertayyamun, kerana itu, pengikutku dapat bersolat dimana sahaja bila sudah tiba waktu.
3. Rampasan perang telah dijadikan Halal untukku sedang ia tidak halal kepada sesiapa sahaja sebelum ku.
4. Aku telah diberikan hak untuk memberi syafaat di Hari Pembalasan.
5. Setiap nabi diutuskan kepada kaumnya sahaja, tetapi aku diutus kepada seluruh umat manusia.
Hadis ini adalah sangat jelas dengan mengatakan tanah dan batu sebagai tempat sujud. Sejarah Islam dan Nabi Muhammad menunjukkan Masjid di Madinah hanya dihiasi dengan tanah walaupun terdapat berbagai jenis tikar dan hiasan wujud pada zaman itu.Oleh kerana itu, masjid ini tidak mempunyai karpet atau sebarang jenis pelapik di atas lantai, dan ketika hujan, lantai masjid akan berlumpur. Bagaimanapun Muslim tetap bersujud di atas lumpur itu dan tidak di hampar dengan sebarang karpet.
Saheeh al Bukhari Volume 1, Buku 11, Hadis 638:
Diriwayatkan dari Abu said Al Khudri:
Telah datang awan dan hujan sehingga atap menjadi bocor, dan di masa itu, atap masjid dibuat dari daun kurma. Iqamah dilaungkan dan aku melihat Rasulullah bersujud di atas air dan lumpur itu, sehingga jelas kelihatan lumpur di dahi baginda.
Telah datang awan dan hujan sehingga atap menjadi bocor, dan di masa itu, atap masjid dibuat dari daun kurma. Iqamah dilaungkan dan aku melihat Rasulullah bersujud di atas air dan lumpur itu, sehingga jelas kelihatan lumpur di dahi baginda.
Imam Bukhari meriwayatkan Rasulullah ketika bersolat didalam bilik baginda, selalu bersujud di atas Khumra(sekeping tanah keras atau tikar)
Saheeh al Bukhari Volume 1, Buku 6, hadis 329:
Diriwayatkan Maimunah:
Semasa aku datang haid,aku tidak bersolat, tetapi aku selalu duduk di atas tikar di sebelah masjid Nabi. Baginda bersujud di atas helaian baginda, dan ketika bersujud, pakaian baginda sering mengenai aku”
Semasa aku datang haid,aku tidak bersolat, tetapi aku selalu duduk di atas tikar di sebelah masjid Nabi. Baginda bersujud di atas helaian baginda, dan ketika bersujud, pakaian baginda sering mengenai aku”
Rasulullah menyuruh sahabat tidak bersujud di atas kain dan mengalihkan turban agar dahi mengenai tanah.
Sujud adalah satu cara untuk bersyukur kepada Allah Sws atas keberkata yang Allah limpahkan pada kita, dan cara terbaik ialah diatas tanah. Inilah sebabnya Nabi pernah menyuruh para sahabat untuk mengalihkan sebarang kain diantara dahi dan tanah agar segala espek sujud dapat dilengkapi. Terdapat banyak hadis dimana Nabi melarang bersujud di atas kain(atau turban) dan baginda sendiri tidak melakukan demikian.
“Apabila Nabi bersujud, baginda akan mengalihkan Amamah(turban) dari dahi ”
1. Al Tabaqat al Kubra dari Ibn Sa’ad Vol 1 ms.352
2. Kanz ul Ummal Vol.7, ms.49 (No.17896)
1. Al Tabaqat al Kubra dari Ibn Sa’ad Vol 1 ms.352
2. Kanz ul Ummal Vol.7, ms.49 (No.17896)
Di dalam baris yang sama ada menyebut rasulullah meminta seorang sahabat mengalihkan turban ketika bersujud.
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ رَأَى رَجُلاً يَسْجُدُ بِجَنْبِهِ ، وَقَدْ أَعْتَمَ عَلَى جَبْهَتِهِ ، فَحَسَرَ رَسُولُ اللَّهِ عَنْ جَبْهَتِهِ.
“Rasulullah melihat seorang bersujud di sebelah baginda dan dahi beliau dilitupi, baginda membuang pelitup itu”
1. Sunan al Kubrah dari Al Bayhaqi Volume 2 ms 151 (No. 2659)
2. Al Isabah dari Ibn Hajar al Asqallani Vol. 3,ms. 465 (No. 4138)
3. Usd ul Ghaaba dari Ibn al Atheer Volume 3 ms 9
Said Ibnu Musayyab mengatakan bersolat di atas kain adalah bidaah.
Said Ibnu Musayyab mengatakan bersolat di atas kain adalah bidaah.
Imam Ahlul Sunnah terkemuka, Tabeen Said Ibnu Musayyab mempunyai pandangan berikut tentang bersujud di atas karpet atau kain, diriwayatkan dari Qatadah:
أخبرنا قتادة قال سألت سعيد بن المسيب عن الصلاة على الطنفسة فقال محدث
“Aku bertanya kepada Said Ibnu Al Musayyib tentang bersolat di atas karpet. Dia menjawab ia adalah sesuatu yang baru.” Online Tabaqat al Kubra by Ibn Sa`ad, Vol 5
“Diriwayatkan dari Qatadah, apabila Said ditanya mengenai bersolat di atas kain, beliau menjawab ia adalah bidaah.” Tabaqat Ibn Sa`ad, Vol 3 bahagian 5 ms 160
Sahabat Abdullah Ibnu Mas’ud tidak pernah bersujud selain di atas tanah.
Para Nasibi yang jahil yang memanggil Shiah sebagai pembuat bidaah, sepatutnya membaca lebih tentang amalan Sahabat besar Abdullah Ibnu Masud, di rakamkan oleh Al Haythami di dalam Majma’ al Zawaid. Volume 2 ms 57:
“Abu Ubaidah meriwayatkan sahabat Ibnu Masud tidak pernah bersujud selain dari atas tanah.” Online Majma’ al-Zawa’id, Volume 2 Hadith 2272
Sahabat Jarir bin Abdullah bersujud di atas tanah walaupun terlampau panas
Suhu panas melampau tidak menghalang sahabat terkenal bersujud di atas tanah
“Jabir Ibn Abdullah meriwayatkan: kami bersolat bersama Rasulullah pada waktu Zuhur, aku mengengam tanah pada tanganku agar sejuk, kemudian bertukar tangan dan apabila aku bersujud aku akan meletakkannya di tempat sujudku”
1. Sunan al-Nisa’i, Volume 2 ms 204.
2. Sunan al-Bayhaqi Volume 1 ms 439
3. Musnad Ahmad ibn Hanbal, Volume 3 ms 327.
Fatwa Ibnu Taimiyah berkenaan solat di atas kain adalah bidaah.
Ibnu taimiyah mengeluarkan fatwa ini di dalam Majmo Al Fatawa bila ditanya samada karpet di dalam masjid adalah bidaah atau tidak:
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam, bersolat di atas kain solat bukanlah Sunnah para golongan Salaf Muhajirin atau Ansar, juga bukan amalan para Tabiin. Malah mereka bersolat diatas tanah didalam masjid, tidak seorang pun dari mereka mengambil kain solat atau sejadah.
Apabila karpet diperkenalkan di Masjid Madinah, Imam Malik mengarahkan agar ia di rampas dan berkata kepada Abdul Rahman ibnu Mahdi:
Sesungguhnya dengarlah! Karpet/sejadah di dalam masjid adalah satu BIDAAH!
dan ini adalah hadis sahih dari Abu Said Al Khudri”
Mujmoo al Fatawa by Ibn Taymeeya Volume 22 ms163
Mujmoo al Fatawa by Ibn Taymeeya Volume 22 ms163
Pendapat Muhaddith Shah Abdul Aziz Dehalvi tentang bersujud di atas tanah di dalam buku anti Shiah
“..Jawapan kepada pertuduhan ini ialah sejak bilakah Ahlul Sunnah disuruh menjauhi amalan bersujud di atas tanah? Adalah diketahui dari hadis Sahih bahawa sebelum kesesatan, Syaitan tidak pernah meninggalkan satu tempat pun samada di langit atau bumi dimana ia tidak pernah bersujud, dan sejak dia enggan bersujud di hadapan Adam, yang dibuat dari tanah, semua sujud yang pernah dilakukan tidak lagi diterima. Jadi apabila seseorang tidak bersujud di atas tanah atau sesuatu yang dibuat dengannya, keadaanya adalah serupa seperti syaitan itu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar