Laman

Selasa, 11 Oktober 2011

Dalil Nabi tidak shalat bersedekap !!


Salam wa rahmatollah. Solawat ke atas Nabi dan Ahlulbaitnya.
Sudah 1400 tahun lebih telah berlalu sejak kewafatan Nabi kita, Muhammad(sawa). Tapi malang bagi kita, dalam jangka waktu yang panjang ini, umat Islam masih menjadi bahan jenaka apabila mereka hingga kini, masih gagal membuktikan yang mana satu cara solat sebenar Rasulullah(sawa). Setiap puak meyakini dan mendakwa, cara solat mereka ialah sunnah asli Rasulullah(sawa).


Rasulullah(sawa) sejak tempoh kerasulannya hingga ke akhir hayatnya, telah berdakwah selama 23 tahun. Dalam tempoh ini, sudah pasti Rasulullah(sawa) sekurang-kurangnya telah melaksanakan solat di hadapan para sahabat sebanyak 700,000 kali. Hairan sekali, kita masih gagal mensahihkan cara solat Nabi samada dengan tangan berlipat atau dengan tangan diluruskan. Kekeliruan ini bukanlah perkara yang baru, malah telah bermula di zaman para sahabat lagi, diriwayatkan dalam Sahih Bukhari, Jilid 4, Kitab 56, Nombor 664, Aisyah Ummul Mukminin berkata:
Beliau membenci apabila seseorang bersolat dengan tangan berlipat ketika bersolat. Ini kerana orang Yahudi juga berbuat begitu.
Di dalam keadaan yang penuh kekeliruan ini, teringat kata-kata Imam Ali(as):
Bahkan bagaimana kamu dapat disesatkan sedangkan kerabat-kerabat Nabi berada di kalangan kamu? Mereka itulh tonggak kebenaran; panji-panji agama; lidah-lidah yang selalu berkata benar!(Nahjul Balaghah Khutbah 83)
Turut teringat wasiat Rasulullah(sawa):
“Wahai manusia! Sesungguhnya aku tinggalkan kalian sesuatu yang jika kalian berpegang kepadanya tidak akan sesat selamanya: Kitab Allah dan itrah, Ahlulbaitku.”
Oleh itu, kami Syiah, yang meyakini bahawa Imam dari Ahlulbait(as) adalah wasi Rasul, dan pembawa sunnah asli baginda. Dari mereka kami belajar cara solat, dan kami yakin bahawa itulah cara sebenar Rasulullah bersolat, yakni, dengan tangan terbuka.
Sebelum kita teruskan, mari kita lihat pendapat Imam Mazhab Sunni tentang cara solat Nabi. Untuk pengetahuan pembaca yang dirahmati, selain Syiah Imamiyah, mazhab Maliki juga turut meyakini bahawa Rasulullah bersolat dengan tangan terbuka.
Imam Hanafi berpendapat: Bagi lelaki, tangan kanan harus diletakkan di atas tangan kiri, serta kedudukannya di bawah pusat, manakala di dada bagi wanita.
Imam Syafi’i berpendapat: Tidak kira samada lelaki atau wanita, harus meletakkan tangan di atas pusat tetapi di bawah dada.
Imam Hanbal berpendapat: Lelaki dan wanita meletakkan tangan di bawah pusat.
Jika kalau para pembaca yang budiman melakukan kajian ke atas biografi ke tiga-tiga Imam Mazhab ini, kesemua mereka dilahirkan jauh dari Madinah, kampung halaman Rasulullah(sawa). Sementara Imam Malik bin Anas pula dilahirkan di Madinah, malah beliau merupakan antara Imam mazhab yang terawal di lahirkan iaitu pada 93 Hijrah, masih tidak jauh dari tempoh para sahabat dan masih belum banyak bidaah muncul. Islam masih segar di zaman beliau. Beliau membesar dalam keadaan melihat para penduduk dan sarjana Madinah bersolat dalam keadaan tangan terbuka, maka dengan itu, beliau juga mengarahkan perkara yang serupa di lakukan.
“Mengikut Imam Malik, solat perlu dilakukan dengan tangan terbuka, malah menyifatkan tindakan melipat tangan ketika solat fardhu sebagai makruh dan hanya dibenarkan di solat sunat.”
Sharh e Muslim, Jilid 1, ms 590, oleh Allama Ghulam Rasool Sa’eedi, Cetakan Lahore
Oleh kerana wujudnya perselisihan ini, maka muncullah komen yang aneh dari ahli fikah Sunni. Perlu diingatkan disini, Rasulullah(sawa) hanya mengajarkan satu sahaja cara solat kepada para sahabat. Logikkah seorang Rasul menanam benih-benih perpecahan dan kekeliruan dengan mengajar berbagai cara solat? Lihatlah apa yang sudah terjadi sekarang!
Ada orang telah mengatakan Rasulullah(sawa) mengajar cara solat berbeza untuk keadaan berbeza. Wow, itu adalah satu hujah paling mengarut pernah saya dengar. Ya, benar untuk situasi jika sakit, musafir atau dalam keadaan peperangan. Bagaimanapun, untuk ketiga-tiga situasi ini, masih lagi cara solat yang sama. Takkahlah Rasulullah ajar lurus tangan untuk solat ketika perang, dan lipat tangan untuk solat ketika sakit pula? Mari kita lihat komen aneh para sarjana Sunni apabila berhadapan dengan perselisihan ini.
Imam Nawawi dalam kitabnya Sharah Muslim berkata:
“Imam Ahmad Auzai dan Manzar berkata terpulanglah kepada diri mereka untuk bersolat dengan cara yang mereka mahukan. Imam Malik berpendapat tangan harus diluruskan, dan itu adalah kebiasaan bagi pengikut beliau, sama juga dengan pendapat Lais bin Saad. ”
Sharh Muslim Nawawi, Jilid 2, ms 28, terjemahan Maulana Waheed uz-Zaman
Begitu juga dengan komen Imam Tarmizi:
“Setiap darinya adalah dibenarkan mengikut pandangan ulama.” Sunan Ibn e Majah, Jilid 1, ms 413-414
Kenyataan Imam Malik turut menambahkan kekeliruan, dalam fatwanya bahawa melipat tangan adalah makruh untuk solat fardhu tetapi dibolehkan dalam solat sunat. Adakah semua perkara ini dilakukan di zaman Rasulullah(sawa)? Adakah ketika Rasulullah memimpin solat fardhu, sesetengah para sahabat melipat tangannya di dada, manakala yang lain di perut, satu kumpulan lagi di bawah pusat dan kumpulan terakhir meluruskan tangannya? Ini adalah satu perkara yang tidak mungkin. Tidak mungkin dalam erti kata Rasulullah(sawa) bersolat subuh dengan melipat tangan di dada, Zuhur di perut, Asar dengan tangan di bawah pusat serta solat Maghrib dab Isyak dengan meluruskan tangan, sedangkan Rasulullah(sawa) telah memberi arahan untuk bersolat seperti mana beliu bersolat.
Bagaimana Imam Ahlulbait(as) bersolat?
Saya tidak mahu memanjangkan perbahasan ini dengan mengemukakan hujah-hujah antara Sunni tentang tindakan meluruskan tangan. Saya letakkan disini amalan Imam dari Ahlulbait(as) dalam bersolat. Di dalam kitab hadis Syiah, penuh dengan hadis-hadis tentang Imam dari Ahlulbait(as) mengajar tentang cara solat Rasulullah(sawa), Syeikh Kulaini dan as Saduq meriwayatkan:
“Tuan kami mengadapkan mukanya ke Kaabah. Membuang segala hubungan di antara tangan beliau dan meletakkan tangannya di sisinya, menutup ruang antara jari-jari dan merapatkan kedudukan kaki beliau.”
1. Al-Shafi, terjemahan Furoo al Kafi, Jilid 2, ms 65
2. Man la Yuhdhirah al-Faqeeh, Jilid 1, ms 166
Imam Shawkani juga mengakui bahawa Imam dari Ahlulbait bersolat dengan tangan terbuka di sisi. Ini dapat kita baca dari kitab beliau Nayl al-Awtar, Jilid 2 ms 67
Hadis Dari Sumber Sunni
Berikut ialah sumber sokongan bagi menunjukkan Rasulullah(sawa) bersolat dengan tangan terbuka dari sumber rujukan Sunni.
1. Imam Ahmad mencatat :
حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا أبو معاوية ثنا الأعمش عن مسيب بن رافع عن تميم بن طرفة عن جابر بن سمرة قال : خرج علينا رسول الله صلى الله عليه و سلم ذات يوم فقال ما لي أراكم رافعي أيديكم كأنها أذناب خيل شمس أسكنوا في الصلاة
Jabir bin Samara berkata :
“Rasulullah saw keluar mendekati kami dan berkata “Kenapa kau melipat tanganmu seperti tali kuda, kau harus menurunkannya dalam shalat” (musnad Ahmad bin Hanbal Juz.5 hal.93)
Syaikh Shaib Al Aranut menyatakan tentang riwayat diatas:
“Sanadnya shahih menurut Muslim”
Imam Syaukani mencatat dalam Nail al-Awthar, juz. 2 hal. 200:
“Mereka yang tidak melipat tangan (dalam shalat) bersandar pada riwayat Jabir bin Samara ; ‘mengapa kau lipat tanganmu’“
Bahkan Syaukani dalam Nayl al-Awthar, juz 2 hal.67 mengatakan bahwa Ahlul Bait Rasulullah saww shalat dengan meluruskan tangan.
2. Dalam Tanwir al Aynain hal 58 :
“Ibn Sirin ditanya mengapa kita meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri dalam shalat, ia berkata ini adalah perbuatan orang Roma”
(ada juga dalam Al-Awail hal. 209 oleh Allamah Askari, bab. Islami Namaz)
Dengan jelas riwayat di atas membuktikan bahawa Nabi (Sawa) Solat dengan tangan terbuka (Meluruskan Tangan)
Ibn Hajar Asqalani mencatat dalam “Talkhis al-Habir Fi Takhrij Ahadith” Juz.1 hal.333, bab ‘Sifat al Salat’
“Ma’az meriwayatkan bahwa ketika nabi SAW mendirikan Shalat, ia mengangkat kedua tangan hingga telinganya, dan setelah mengucap takbir kemudian menurunkan tangannya”
3. Dalam Umadatul Qari Syarh Sahih Bukhari, Juz. 9 hal 20:
Ibn al-Manzar meriwayatkan bahwa Abdullah Ibn Zubair dan al-Hassan al-Basri dan Ibn Sirin bahwa ia (Nabi) melaksanakana shalat dengan tangannya terbuka dan begitu juga Malik”.
4. Ulama Ahlul Hadist terkenal yakni Allamah Wahid-uz-Zaman Khan menulis:
“Siapapun yang mengatakan bahwa shalat dengan tangan terbuka adalah kebiasaan terkait dengan Syiah, dalam hal ini orang tersebut telah salah, karena tidak hanya Syiah tetapi juga seluruh umat muslim melakukan shalat dengan cara yang sama, khususnya selama masa Rasul SAW, para sahabat melakukan cara yang sama dan tidak seorang pun tahu tentang melipatkan tangan.”
Hadiyatul Mahdi, oleh Maulana Wahid uz Zaman, Juz. 1, hal.126
5. Abdullah bin Zubair Melaksanakan Shalat Dengan Tangan Terbuka
Imam Ibn Abhi Syaibah mencatat dalam Al-Mushaf nya , Juz. 1 hal 344:
Amr bin Dinar berkata ; ‘Abdullah Ibn Zubair melaksanakan shalat tanpa melipat tangannya’
6. Para Imam Ahlu Sunnah Said Ibn Jubair Dan Ibn Masayyid Juga Shalat Dengan Tangan Terbuka
Allamah Ibn Abdul Barr mencatat riwayat berikut dalam bukunya ‘Al Tamhid’:
“Abdullah ibn al-Izar berkata;
”Saya melakukan tawaf di sekitar Ka’bah dengan Said Ibn al Jubair. Suatu saat, ia melihat seorang laki-laki menempatkan satu tangan di atas tangan yang lain, kemudian ia menghampirinya, dipisahkan tangannya, dan kembali lagi pada ku”
Kedudukan Said bin Jubayr di antara para ulama awal Islam adalah satu kedudukan yang telah diketahui umum. Menurut Ibn Kathir, Said bin Jubair adalah murid Ibn Abbas [ra] dan Imam dalam berbagai bidang Tafsir dan Fiqih. [Al Bidayah wal Nihayah (Urdu), Vol 9 hal 177 ‘Peristiwa Th. 94 H’.].
Ibn Hajar Asqalani menuliskan tentang Said bin Jubair :
“….Ia meriwayatkan hadits dari Ibn Abbas, Ibn Al-Zubair, Ibn Umar, Ibn Maqal, Uday Ibn Hatem, Abi Masood Al-Anasy, Abi Said Al-Khudri, Abu Huraira, Abu Musa Al-Asya’ari, Al-Dahak Ibn Qais Al-Fihri, Anas, Amr Ibn Maymun, Abi Abdulrahman Al-Sulami dan Aisyah….. Ibn Abi Mughira berkata bahwa ketika orang-orang Kufah mendatangi Abbas untuk menanyakan Fatwa, ia berkata kepada mereka: “bukankah Said Ibn Jubayr berada di antara kalian? … Amru Ibn Maimun mengatakan bahwa ayahnya berkata : “Said Ibn Jubair telah meninggal tetapi belum ada orang yang menggapai pengetahuan darinyi”……Abu Al-Qasim Al-Tabari berkata : “Dia adalah Imam dan Hujah yang dapat diandalkan Muslim”….Ibn Haban berkata bahwa Saeed adalah ahli hukum, pecinta shalat, benar dan saleh.”(Tahzib Al-Tahzib, Juz 4 No. 14)
Disini akan disinggung bagaimana posisi tangan Said bin al Mussayyib selama melaksanakan shalat. Namun bagi yang tahu sedikit tentang orang terkenal ini, kami menyajikan text yang dicatat oleh Ibn Kathir dalam kitabnya:
“Dia mendengar hadis dari Umar Faruq, Usman, Ali, Said and Abu Hurairah… Zuhri berkata :“Saya hidup bersamanya selama tujuh tahun dan saya tidak melihat orang lain yang lebih berpengetahuan dari pada dia”. Makhool berkata: “Saya pergi ke seluruh penjuru dunia dalam mengejar pengetahuan tetapi tidak ku temukan orang yang lebih berpengetahuan daripada Saeed”. Auzai berkata bahwa ada seseorang bertanya kepada Zuhri dan Makhul mengenai ahli hukum yang paling berwibawa di mata mereka, keduanya sepakat berkata ‘Said bin al Mussayyid’. Orang-orang memanggilnya “Faqih al Fuqaha”…Rabi telah menyatakan dengan merujuk kepada Imam Syafi’i bahwa bahkan sebuah hadis mursal dari Said bin al Musayyid adalah setara dengan hadis Hasan dan itu setara dengan hadis shahih dalam pandangan Imam Ahmad. Juga telah diungkapkan bahwa Said bin al Mussayyid lebih unggul dari semua Tabi’in… Abu Zarya berkata: “Dia adalah Madani dan Thiqa Imam”. Abu Hatim berkata : tidak ada di antara Tabi’in yang unik dan lebih hebat darinya”
Al Bidayah wal Nihayah (Urdu), Juz.9 Hal. 179-180 ‘Peristiwa 94 H’. (Nafees Book Academy Karachi)
Jelas sekali di sini, amalan bersolat dengan tangan terbuka bukanlah satu bidaah Syiah, malah ia merupakan satu perrbuatan yang ada asasnya dalam Sunnah Rasulullah(sawa). Kekeliruan tentang cara solat Nabi, seperti yang telah saya sebutkan, telah bermula sejak zaman Nabi lagi. Ini adalah kerana perbuatan puak-puak sesat yang memperkenalkan bidaah berterusan dalam agama Islam. Perhatikan hadis ini:
Diriwayatkan oleh Imran bin Husain :
“Aku shalat bersama Ali di Basrah dan ia mengingatkan kami pada shalat yang kami lakukan bersama Rasulullah. Ali mengucapkan Takbir pada setiap bangkit dan rukuk.”
(Sahih Bukhari, Juz 1, Kitab12, No hadis. 751)
Kepada orang-orang yang berfikiran kritis, akan segera terdetik di hati mereka, mengapa Imran teringat solat yang dilakukan oleh beliau bersama Rasulullah(sawa) hanya apabila beliau bersolat bersama Imam Ali? Adakah apabila beliau bersolat bersama imam lain tidak mengingatkan beliau tentang solat Rasulullah? Fikirkan..Wallahualam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar