Laman

Selasa, 19 April 2011

DIALOG (MUNASYADAH) ANTARA AMIRUL MUKMININN ALI BIN ABI THALIB DENGAN AHLI SYURA BENTUKAN UMAR BIN KHATHTHAB TENTANG “HAK KEKHALIFAHAN IMAM ALI “


Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma sholi ala Muhammad wa aali Muhammad

Dari ranjang kematianya Umar bin Khaththab membentuk badan syuro yang bertanggungjawab terhadap suksesi kekhalifahan pasca dirinya, lembaga itu kemudian dikenal sebagai Ahl al Hill wa al ‘Aqd, beranggotakan Utsman bin Affan, al Zubair bin Awwam, Thalha bin Ubaidillah, Abd al Rahman bin ‘Auf, Sa’d Bin Abi Waqqas, Abdullah bin Umar dan Amirul Mukmininn Ali bin Abi Thalib. Dalam forum tersebut, Imam Ali bin Abi Thalib as, kembali mengingatkan akan hak kekhalifahannya.



Syiahnews.wordpress kali ini kembali menyajikan kepada sidang pembaca, proses penyadaran yang dilakukan Imam Al;i bin Abi Thalib as kepada ahl al hill wa al aqd, kepada mereka argumen-argumen berdasarkan nash disajikan, meski sejarah berkata lain, imam Ali as tetap konsisten mengingatkan umat untuk tidak terpelanting pada kubangan sejarah dengan mengalihkan ketetapan Allah dan Rasul-Nya kepada yang bukan hanya… sekalipun mereka tak mau mendengarnya…

Diambil dari kitab al Ihtijaj halaman 132-145 karya dari ulama besar Abu Mansur Ahmad Bin Ali Bin Abu Thalib al Tabarsi kami menyajikan  munasyadah antara Imam Ali bin Abi Thalib dengan tim syuro (ahl al hill wa al aqd) bentukan Umar bin Kaththab. Sebagai rujukan kepada kitab Ahlu sunnah, disertakan pula catatn kaki-catatan kaki yang merujuk pada sumber-sumber ahlu sunnah.


Dialog Amirul Mukmininn Ali bin Abi Thalib as dengan Ahlu Syuro’
Diriwayatkan dari Muhammad al-Baqir daripada bapanya, `Ali Zain al-`Abidin,  ”Manakala  Amir  al-Mukmininn `Ali  A.S  melihat  bersemangatnya “mereka”  untuk memberi bai`ah kepada `Utsman, beliau terus  ber­diri di  hadapan  mereka (Utsman bin Affan, al Zubair bin Awwam, Thalha bin Ubaidillah, Abd al Rahman bin ‘Auf, Sa’d Bin Abi Waqqas) dan berkata kepada mereka dengan  hujah-hujah  untuk menggugurkan sikap mereka. Beliau  berkata: Dengarlah  ucapanku, jikalau yang aku ucapkan itu benar, maka kalian terimalah dan  jikalau ia adalah batil, maka kalian  ingkarilah..

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
“Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah yang mengetahui kebenaran  jika kalian orang yang benar,  dan Dia mengetahui  pembo­hongan  jika kalian berbohong. Adakah di antara kalian yang telah mengerjakan solat menghadapi dua Qiblat selain daripada aku?”
Mereka berlima (Utsman bin Affan, al Zubair bin Awwam, Thalha bin Ubaidillah, Abd al Rahman bin ‘Auf, Sa’d Bin Abi Waqqas, Abdullah bin Umar )menjawab :
”Tidak ” [1]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antarakalian seorang yang telah melakukan dua bai`ah;  Bai`ah al-Fath dan Bai`ah al-Ridwan selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [2]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian, memiliki saudara yang dihiasi  dengan  dua sayap di syurga selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [3]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah di antara kalian,  ayah saudaranya (di  sebelah  ayah)  menjadi penghulu para syahid selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [4]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah diantara  kalian  yang isterinya adalah penghulu wanita alam sejagat selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [5]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara  kalian  yang kedua anak lelakinya  adalah anak-anak  Rasulullah (s.`a.w.) dan kedua-duanya penghulu  pemuda syurga selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [6]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada  kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian yang telah mengetahui nasikh dan  mansukh selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [7]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di anatar kalian, Allah telah menghilangkan kotoran dosa daripadanya dan mensucikannya dengan sesuci-sucinya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [8]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian, yang telah melihat  Jibra’il  di  dalam bentuk seorang lelaki yang tampan selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [9]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah diantara kalian seorang yang menunaikan zakat dalam keadaan rukuk selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [10]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah diantara  kalian,  Rasulullah (s.`a.w.)  telah menyapukan tanganya ke kedua matanya dan memberikan bendera di hari peperan­gan Khaibar selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [11]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah di antara kalian yang telah dilantik  oleh  Rasulullah (s.`a.w.)  di hari Ghadir Khum dengan perintah Allah  S.W.T. dan berkata:  ”Siapa  yang aku maulanya, maka `Ali  adalah  maulanya. Wahai  Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan  musuhilah orang yang memusuhinya” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [12]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah di antara kalian yang menjadi saudara  Rasulullah  di masa bermukim dan temannya semasa musafir selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [13]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara  kalian yang telah bertarung dengan `Amru  bin `Abd Wuddin di peperangan Khandaq dan membunuhnya selain  daripa­da aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [14]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah diantara kalian Rasulullah (s.`a.w.) telah bersabda kepadanya:  ”Kedudukan anda di sisiku seperti halnya kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [15]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah diantara kalian yang telah disebut mukmin di  dalam sepuluh ayat al-Qur’an selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [16]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah diantara kalian dimana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah memberi segenggam tanah kepadanya kemudian dia melemparkannya  ke atas muka orang-orang kafir, selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [17]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah diantara kalian para malaikat berdiri  bersa­manya  di dalam peperangan Uhud sehingga orang lain meninggalkan tempat itu selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [18]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah diantara kalian telah melunasi hutang Rasulul­lah (s.`a.w.) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [19]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian yang menyaksikan  kewafatan Rasulullah (s.`a.w.) selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [20]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara yang telah memandikan jenazah Rasulul­lah (s.`a.w.), mengkafan dan meletakkannya di liang lahad selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [21]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah di antara kalian yang telah mewarisi senjata Rasulullah (s.`a.w.), benderanya dan cincinnya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [22]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah di antara kalian di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah menjadikan talaq isteri-isterinya di tangannya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [23]


Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah,  adakah di antara kalian di mana Rasulullah (s.`a.w.)  meemanggulnya sehingga dia memecahkan  berhala di pintu Ka`bah selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [24]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana namanya diseru di  langit  di hari peperangan Badr: “Tidak ada pedang melainkan  Dhu  al-Fiqar dan tidak ada pemuda melainkan `Ali” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [25]


Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah makan  bersama  Rasulullah (s.`a.w.)  dengan seekor  burung panggang  yang dihadiahkan  kepadanya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [26]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah disabdakan oleh  Rasulullah (s.`a.w.):  “Andalah  pemilik  benderaku di dunia  dan akhirat” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [27]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah  mengadakan pembicaraan khusus dengan Rasulullah s.`a.w, kemudian  mengeluarkan sedekah (kepada orang-orang miskin) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [28]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah memperbaiki terompah/sendal  Rasulul­lah (s.`a.w.) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [29]


Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Aku adalah saudara anda dan anda  adalah saudaraku” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [30]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: ”Anda adalah sebaik-baik makhluk dan orang yang paling benar pembicaraanya” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [31]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang mendapati  Rasulullah  (s.`a.w.) sedang lapar lalu dia meminta seratus baldi dengan seratus tamar, kemudian dia membawa tamar, lalu Rasulullah  (s.`a.w.)  memberi­kannya makan, selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [32]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana malaikat Jibra’il, Mika’il dan Israfil memberi salam kepadanya dengan tiga ribu  para malaikat yang lain di peperangan Badr selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [33]


Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah menutup  mata  Rasulullah (s.`a.w.) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [34]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah mentauhidkan Allah sebelumku selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [35]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang pertama memasuki bilik Rasulullah (s.`a.w.)dan  orang yang terakhir keluar dari  sisinya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [36]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang  telah  berjalan-jalan  bersama Rasullullah (s.`a.w.) kemudian dia melalui sebuah taman, maka dia pun berkata: Alangkah cantiknya taman ini.  Maka beliau bersabda: ” Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini“. Sehingga dia  melalui tiga taman pada setiap taman  Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: “Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman  ini” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [37]
Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya:  ”Anda  adalah orang pertama  yang  beriman denganku, membenarkanku  dan orang pertama akan dikembalikan Haud  kepadaku di hari kiamat” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [38]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Orang pertama yang datang kepada kalian  dari pintu ini wahai Anas, maka dialah Amir al-Mukminin, penghulu  Muslimin dan orang  yang paling utama di kalangan  manusia“.Lalu  Anas berkata: Wahai Tuhanku jadikan “nya” seorang lelaki dari kalangan Ansar.  Maka dia pun datang, lalu Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepada Anas: “Anda bukanlah orang pertama yang mencintai kaumnya” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [39]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang  telah  diturunkan  mengenainya firman-Nya: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya  dan orang-orang  yang beriman, yang mendirikan solat,  memberi  zakat dalam keadaan rukuk” (Surah al-Maidah 5: 55) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [40]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan padanya dan anak-anaknya, firman-Nya: “Sesungguhnya orang-orang yang  baik akan minum daripada gelas di mana campurannya mengandungi  kafur” (Surah al-Insan 76: 5) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [41]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah  menurunkan  ayat mengenai  ”Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada  orang-orang  yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid  al-Haram,  kamu samakan dengan  orang-orang yang beriman kepada Allah  dan  hari kemudian  serta berjihad dijalan Allah? Mereka tidaklah sama  di sisi Allah” (Surah al-Taubah 9: 19) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [42]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah  diajar  oleh  Rasulullah (s.`a.w.) seribu  kalimah  dan setiap  kalimah  terbagi lagi menjadi seribu kalimah selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [43]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah dimunajati oleh  Rasulullah (s.`a.w.)  di hari Taif, lalu Abu Bakr dan `Umar  berkata: Wahai Rasulullah!   Anda telah melakukan munajat kepada `Ali dan  bukan kepada kami.  Nabi (s.`a.w.) bersabda: “Aku bukanlah ingin bermu­najat untuknya tetapi Allah telahmemerintahkan aku supaya  mela­kukannya” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [44]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah disuapkan oleh  Rasulullah (s.`a.w.) dengan tepung manis selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [45]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Anda  adalah makhluk yang paling dekat kepadaku  di hari kiamat  akan memasuki syurga dengan  syafa`at ku,  lebih ramai dari bilangan Rabi`ah dan Mudar” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [46]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: “Wahai Ali! Sesungguhnya anda dikenakan pakaian ketika aku dike­nakan pakaian” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [47]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: “Anda dan Syi`ah anda akan mendapat kemenangan di hari kiamat?” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [48]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: ” Berbohonglah orang yang mengatakan bahwa dia mencintaiku  se­dangkan dia membenci `Ali” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [49]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: “Siapa yang mencintai bahgian-bahgianku (syatrati)  ini, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku dan siapa  yang  mencintaiku, maka sesungguhnya dia mencintai Allah - Ditanya kepadanya: Apakah syatratu-ka?  Beliau (s.`a.w.) menjawab: `Ali, Hasan, Husain  dan Fatimah” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [50]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya:  ”Anda adalah sebaik-baik manusia selepas  para nabi” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [51]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: “Andalah al-Faruq yang membedakan di antara kebenaran dan kebatilan” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [52]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Amalan anda adalah sebaik-baik amalan makhluk selepas para nabi” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [53]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  menutup dengan pakaiannya ke atasnya, isterinya dan dua  anak lelakinya kemudian beliau bersabda: “Wahai Tuhanku aku dan  Ahlu  l-Baitku kepada Engkau dan bukan kepada neraka” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [54]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: “Andalah saudaraku, wazirku, sahabatku  daripada ke­luargaku” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [55]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Anda  adalah orang yang paling awal  memeluk  Islam, paling alim dan paling perihatin” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [56]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia telah  membunuh  seorang panglima perang Yahudi secara satu lawan satu selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [57]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Nabi (s.`a.w.)  membentangkan Islam kepadanya lalu beliau menjawab: Tunggulah sehingga aku berjumpa bapaku.   Lantas Nabi (s.`a.w.) bersabda  kepadanya:  ”Ini adalah  satu amanah di sisi anda“.  Maka dia menjawab:  Sekiranya ia adalah satu amanah di sisiku, maka aku menerima Islam sekarang juga, selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [58]
Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia telah  mengangkat  pintu kota Khaibar di masa pembukaannya dan membawanya sejauh  seratus hasta  kemudian   empat puluh lelaki  mencoba  mengangkatnya  tetapi mereka tidak mampu selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [59]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini diturunkan  kepadanya ” Wahai  orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan  perbi­caraan  khusus dengan Rasul hendaklah kamu  mengeluarkan  sedekah (kepada orang miskin)” (Surah al-Mujadalah 50: 12).  Maka  akulah yang mengeluarkan sedekah dan adakah di kalangan kalian  seorang yang melakukannya selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [60]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: “Siapa yang mencaci `Ali, maka sesungguhnya dia menca­ciku dan  siapa  yang mencaciku maka  sesungguhnya  dia  mencaci Allah” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [61]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Rumahku berhadapan dengan  rumah anda  di  syurga” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [62]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya:  ”Allah memerangi orang yang memerangi anda dan  Allah memusuhi orang yang memusuhi anda” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [63]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah tidur di atas tempat  tidur Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau ingin berhijrah ke Madinah dan  menggantikan dengan dirinya ketika musuh hendak membunuh beliau saw selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [64]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Anda  adalah orang yang paling utama diantara  umatku” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [65]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Anda di hari kiamat di kanan `Arasy dan  Allah  akan memakaikan  anda  dua  helai kain; satu berwarna  biru  dan  satu berwarna merah” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [66]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah  mengerjakan  solat sebelum orang lain, selama tujuh tahun beberapa bulan selain daripa­daku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [67]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Aku di hari kiamat akan mengambil hajzah (kedudukan istimewa)  kurniaan Tuhanku daripada cahaya  sedangkan anda  akan mengambil  hajzahku  dan keluargaku akan mengambil  hajzah  anda” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [68]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: “Anda sepertilah diriku, cinta anda adalah cintaku dan kemarahan anda adalah kemarahanku” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [69]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Wilayah anda sepertilah wilayahku, satu  janji  yang telah dijanjikan  oleh Allah kepadaku dan Dia  memerintahkanku supaya menyampaikannya kepada anda” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [70]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Wahai Tuhanku jadikanlah dia (`Ali) pembantu  dan penolongku” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [71]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Harta  adalah madu(tumpuan) orang-orang yang zalim  dan anda adalah madu (tumpuan) orang-orang mukmin” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [72]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: “Aku akan mengutus kepada kalian seorang lelaki  di mana Allah telah menguji hatinya untuk keimanan” selain daripada­ku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [73]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  memberi kepadanya  sebiji  buah delima dan bersabda: “Ini  adalah buah delima daripada  syurga.   Hanya seorang nabi atau wasinya  sahaja  yang memakannya” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [74]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang lelaki di mana  Rasulullah  (s.`a.w.) bersabda kepadanya:  ”Aku  tidak memohon  sesuatu  dari Tuhanku melainkan Dia memberikannya kepadaku dan aku tidak memohon sesua­tu  daripada Tuhanku melainkan aku memohon  untuk  anda”  selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [75]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Engkau adalah  orang yang paling  patuh  diantara umatku dalam menjalankan perintah Allah, paling setia di  diantara umatku dalam menunaikan  janji Allah, paling  arif  di  anatar umatku dalam segala permasalahan, orang yang paling  adil  di dalam  pembagian hak dan orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T.” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [76]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: “Kelebihan engkau di atas umat ini sepertilah kelebihan matahari  atas  bulan dan sepertilah kelebihan bulan  atas bintang-bintang” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [77]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Allah akan memasukkan wali anda ke syurga dan musuh anda ke neraka” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [78]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Manusia  dari pokok yang  bermacam-macam (berlainan asal usulnya), tetapi aku dan anda adalah dari satu pokok” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [79]


Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: “Aku adalah penghulu anak Adam dan anda adalah penghu­lu Arab dan bukan Arab tanpa kemegahan” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [80]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Allah  telah  meridainya  di dalam dua ayat al-Qur’an selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [81]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Janji anda adalah janjiku dan janji Syi`ah  anda di Haud; apabila  semua umat merasa takut  dan  neraca-neraca  mula menjalankan tugasnya” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [82]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Wahai  Tuhanku sesungguhnya  aku  mencintainya  maka cintailah dia. Wahai Tuhanku sesungguhnya aku ucapkan  selamat tinggal kepada Engkau untuknya” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [83]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Andalah  yang  berhujah dengan  orang banyak  supaya mereka  mengerjakan solat, mengeluarkan zakat,  menyuruh  perkara yang  baik dan melarang perkara yang mungkar, melaksanakan  hudud dan membahagikan hak yang sama” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [84]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  memegang tangannya  di hari Badr, lalu mengangkatnya sehingga orang  ramai melihat keputihan kedua ketiaknya sambil bersabda:  ”Sesungguhnya ini adalah sepupuku, wazirku.  Oleh itu jadikanlah beliau  wazir, mintalah nasihatnya dan percayailah beliau kerana beliau  adalah wali kalian” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [85]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini  turun  mengenainya: “Mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri  sekali­pun mereka dalam kesusahan” (Surah al-Hasyr 59: 9) selain daripa­daku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [86]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Jibrail seorang daripada  para tetamunya selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [87]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah memberi kepadanya kapur barus dari syurga kemudian dia membahagikannya tiga bahagian, ” Satu bahagian untukku, satu bahagian untuk anak perempuanku dan satu bahagian untuk anda ” selain dari­padaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [88]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ” Di mana  apabila  dia bertemu  dengan Rasulullah (s.`a.w.) dia menghormatinya, mendekatinya, mengalu-alukannya dan berseri-seri mukanya“selaindaripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [89]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah melepaskannya  dengan  Surah al-Bara’ah kepada  Musyrikin  Makkah selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [90]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: “Aku bermegah dengan anda di hari kiamat apabila  para nabi bermegah dengan para wasi mereka” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [91]


Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku akan memberi rahmat kepada anda dari hasad dengki  orang banyak di dada-dada mereka, tetapi mereka tidak menzahirkannya  sampai aku tiada.   Dan  apabila  mereka kehilanganku, mereka akan melakukan khilaf” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [92]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: “Apabila Allah melaksanakan amanah anda,  Allah  akan menyempurnakan dhimmah anda” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [93]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  ”Andalah pembagi neraka, andalah yang  mengeluarkan daripadanya orang yang telah bersih dan meninggalkan di  dalamnya setiap kafir” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [94]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia  telah  membuka  benteng Khaibar dan menawan anak perempuan Rahib kemudian dia membawanya kepada Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [95]

Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: “Haud akan dibentangkan kepadaku di kala itu anda  dan Syi`ah  anda berseri muka-muka mereka.  Dan dibentang  ke  atasku musuh  anda  dalam keadaan dahaga dan terbelenggu  dalam  keadaan muka mereka kehitaman”selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [96]


Kemudian Amirul Mukminin  Ali bin Abi Thalib as berkata :
Apabila kalian  telah mengakui kebenarannya, dan  telah  jelas sabda-sabda  Nabi kalian, maka hendaklah kalian bertakwa  kepada Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sekarang  aku  melarang kalian dari kemaraha-Nya dan janganlah kalian  mendurhakai-Nya. Kembalikanlah kebenaran itu kepada ahlinya, ikutilah Sunnah  Nabi kalian,  kerana sesungguhnya sekiranya kalian menyalahinya,  maka sesungguhnya kalian telah menyalahi Allah.  Oleh karena itu kembalikan­lah hak itu kepada ahlinya dan seharusnya memang ia adalah untuknya.
Mereka pun mengelipkan  mata  di  antara mereka dan bersepakat, kemudian mereka berbicara diantara mereka:  ”Sesungguhnya  kita telah mengetahui kelebihan orang ini (Ali), dan kita telah mengetahui  sesung­guhnya dia (Ali) adalah orang yang paling berhak dalam urusan kekhalifahan,  tetapi (dia) adalah  orang yang memiliki prinsip ”seorang tidak boleh dilebihkan kedudukannya diatas yang lainya”. Oleh karena itu itu sekiranya kita menyerahkan urusan kekhalifahan kepadanya (Ali),  niscaya kita akan diperlakukan sama dengan orang lain dan hak-hak kita akan disamakan dengan orang lain.  Tetapi  sekiranya kita memilih Utsman bin Affan dalam urusan kekhalifahan maka Utsman akan menuruti apa saja yang menjadi hajat kita semua “.   Oleh karena itu mereka melantik Utsman sebagai Khalifah.



[1] Lihat umpamanya al-Suyuti,  Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr, al-Durr al-Manthur  fi al-Tafsir bi al-Ma’thur, Beirut,1960 M., II, hlm. 304.

[2] Lihat umpamanya al-Ya`qubi,  Ahmad b. `Ali Ya`qub b. Ja`far b. Wahb b. al-Wadih,Tarikh al-Ya`qubi,  Beirut 1362 H., II, hlm. 204.

[3] Al-Qunduzi al-Hanafi, Sulayman b. Ibrahim, Yanabi` al-Mawaddah fi Syama`il  al-Nabi  wa Fada`il  Amir al-Mu’minin `Ali,  Iran, 1385 H., hlm. 519.

[4] Al-Tabari, Abu Ja`far Muhammad b. Jarir, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, Cairo 1956 M., II, hlm. 84.

[5] Ibn Hajr al-Makki, Syihab al-Din Ahmad b. Muhammad b. Muhammad b. `Ali b. Muhammad,  Kitab al-Sawa`iq al-Muhriqah  fi al-Radd `Ala Ahl  al-Bida`  wa  al-Zindiqah,  Cairo 1971 M.,  hlm. 85; Muhibb al-Din al-Syafi`i al-Tabari,  Dhakha’ir al-`Uqba, Baghdad 1348 H., hlm. 29.

[6] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 164-165.

[7] Al-Hakim al-Nisaburi, Muhammad b. `Abdullah, al-Mustadrak `ala al-Sahihain fi al-Hadis,  Cairo 1969 M.,  III, hlm. 166;  al-Khatib al-Baghdadi,  Tarikh Baghdad, Baghdad 1950 M., IV, hlm. 348;  Ibn al-Athir,  `Izz al-Din Abi Hasan`Ali b. Muhammad b. `Abd al-Qasim al-Jazari, Usd al-Ghabah fi Ma`rifah al-Sahabah,  Baghdad 1349 H., IV, hlm. 22;  al-Muttaqi al-Hindi,  Kanz al-`Ummal, Baghdad 1958 M., VI, hlm. 152.

[8] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198;  Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Cairo 1352 H., III, hlm. 259;  al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957 M., hlm. 251.

[9] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91-92.

[10] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,  II, hlm. 293;  al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Mahmud b. `Umar, al-Kasysyaf `an Haqa`iq Ghawamid al-Tanzil wa `Uyun al-Aqawil  fi Wujuh al-Ta`wil,  Cairo t.t., I, hlm. 422;  al-Syablanji,  Mu`min  b. Hasan Mu`min,  Nur al-Absar fi Manaqib  al-Bayt al-Nabi al-Mukhtar (s.`a.w.), Cairo, 1960 M.,  hlm. 105;  al-Wahidi, Asbab al-Nuzul,  I, hlm. 422; al-Kanji al-Syafi`i,  Kifayah al-Talib,  Tehran 1404 H.,  hlm.106.

[11] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 132; `Abd al-Rauf al-Munawi, Kunuz al-Haqa’iq,  Baghdad 1368 H,hlm. 98; al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340 H., hlm. 65.

[12] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Iv, hlm. 370; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 150;  al-Qunduzi al-Hanafi,  Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Alusi, Syihab al-Din Mahmud b. `Abdullah, Ruh al- Ma`ani fi Tafsir al-Qur’an al-`Azim  wa al-Sab` al-Masani, Cairo 1958 M.,  VI, hlm. 172.

[13] Al-Dhahabi,  Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad b. `Uthman, Mizan al-I`tidal fi Naqd al-Rijal, Cairo 1348 H., I, hlm. 257;  Ibn `Abd al-Barr,  Abu `Umar Yusuf b. `Abdullah b. Muhammad, Kitab al-Isti`ab  fi Ma’rifah  al-Sahabah, Cairo 1365 H., II,  hlm. 460.

[14] Lihat umpamanya, Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-`Uqba, hlm. 74; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.

[15] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 175; al-Nasa’i, al-Khasa’is `Ali A.S, Baghdad 1956 M., hlm. 78;  al-Turmudhi, Abu `Isa Muhammad b. `Isa b. Sawrah,  al-Jami` al-Sahih, Tunis 1958 M., II, hlm. 301;  Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad 1367 H., I,  hlm.30.

[16] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 238-258.

[17] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 158.

[18] Ibid., hlm. 169.

[19] Al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm. 306.

[20] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 43.

[21] Ibid

[22] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81.

[23] Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 78.

[24] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.

[25] Al-Muhibb al-Tabari, Dhakha’ir al-`Uqba, hlm. 78;  al-Baihaqi, Abu Bakr Ahmad b. al-Husayn, al-Sunan al-Kubra,  Baghdad 1959 M., III, hlm. 276;  al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 385;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.

[26] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 299;  Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya’ wa Tabaqat al-Asfiya’, Cairo 1956 M., VI, hlm. 339; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 30.

[27] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 398.

[28] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.

[29] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 59.

[30] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 199; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 73;  al-Suyuti,  Tarikh al-Khulafa’, Cairo 1963 M., hlm. 144;  Ibn Hajr al-Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad b. `Ali b. Muhammad b. Muhammad,  Tahdhib al-Tahdhib,  Hyderabad 1327H., I, hlm. 337.

[31] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253; al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958 M. hlm. 133.

[32] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 99.

[33] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.

[34]  Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 98.

[35] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 82.

[36] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 102.

[37] Al-Muttaqi al-Hindi,  Kanz al-`Ummal,  V, hlm. 40;  Ibn  Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 109;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 272-273.

[38] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,  VI, hlm. 152;  Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah,  hlm. 72;  al-Muhibb al-Tabari,  Dhakha’ir al-`Uqba, hlm. 58.

[39] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 103.

[40] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul,  I, hlm. 422,   al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 149; al-Qurtubi al-Andalusi, Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad al-Andasari, al-Jami` li Ahkam al-Qur’an, Baghdad 1959 M., VI, hlm. 221; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 106.

[41] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 331;  al-Syablanji, Nur al-Absar,  hlm. 102;  al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, X, hlm. 268;  Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1345 H., VIII, hlm. 167

[42] Al-Tabari, Tafsir, X, hlm. 59; Fakhr al-Din al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad b. `Umar,  Mafatih  al-Ghaib,  Baghdad 1963 M., IV, hlm. 422;  al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,III,  hlm. 218; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.

[43] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 72-73 Al-Tabari, Tafsir, X, hlm. 59; Fakhr al-Din al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad b. `Umar,  Mafatih  al-Ghaib,  Baghdad 1963 M., IV, hlm. 422;  al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III,  hlm. 218; al-Qunduzi al-Hanafi,Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 72.

[44] Al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 300;  al-Muttaqi al-Hindi,  Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 159; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 27; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 328-329.

[45] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 112.

[46] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 393;  al-Muhibb al-Tabari, Riyadh al-Nadhirah, t.t., II, hlm. 103.

[47] -Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 80.

[48] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 423; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,VI, hlm. 93.

[49] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 399;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 319-320.

[50] Lihat umpamanya,  al-Kanji al-Syafi`i, Ibid., hlm. 80-83.

[51] Lihat umpamanya,  al-Qunduzi  al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 247.

[52] Al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 58.

[53] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 159.

[54] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul,  hlm. 251;  al-Suyuti,  al-Durr al-Manthur,  V, hlm. 198;  Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm.259.

[55] Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958 M., hlm. 143; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251.

[56] Al-Qunduzi al-Hanafi, ibid., hlm. 60.

[57] Ibid., hlm. 95.

[58] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 60-61.

[59] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 60.

[60] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.

[61] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 337-338.

[62] Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 96; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 227-228.

[63] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69.

[64] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 60.

[65] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253.

[66] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 70.

[67] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 62-63.

[68] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 485-486.

[69] Lihat umpamanya,  al-Kanji al-Syafi`i,  Kifayah al-Talib, hlm.114.

[70] Al-Zamakhsyari,  al-Kasysyaf,  I, hlm. 422;  al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105-106.

[71] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117.

[72] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 62;  al-Muhibb al-Tabari, Dhakha’ir al-`Uqba, hlm. 56.

[73] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,  VI, hlm. 407;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 96-97.

[74] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69.

[75] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 80.

[76] Al-Hakim, al-Mustadrak,  III, hlm. 130;  al-Munawi al-Syafi`i, Kunuz al-Haqa`iq, hlm. 19.

[77] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 121-122.

[78] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 113.

[79] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 24; al-Khawarizmi, al-Manaqib hlm. 86.

[80] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,  VI, hlm. 157;  al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 124.

[81] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 232-265.

[82] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 72.

[83] Ibid., hlm. 74.

[84] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 217-219.

[85] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 25; al-Muttaqi  al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 218.

[86] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 82.

[87] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 94-95.

[88] Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 83.

[89] Ibid.

[90] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 156;  al-Muhibb al-Tabari, Dhakha’ir al-`Uqba, hlm. 69; al-Hakim , al-Mustadrak, II, hlm. 51; al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr, Tarikh al-Khulafa’, Cairo 1963 M., hlm. 66.

[91] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 75.

[92] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 408;  al-Khatib, Tarikh Baghdad,  XII, hlm. 397;  al-Kanji al-Syafi`i,  Kifayah al-Talib, hlm. 273.

[93] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 280.

[94] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 83-84.

[95] Ibid., hlm. 95-96.

[96] Ibid., hlm. 304.

Ditulis ulang oleh blog syiahnews.wordpress.com dari buku ” al Ihtijaj” yang dialih bahasakan oleh Prof. Dr Lutpi Bin Ibrahim

Tidak ada komentar:

Posting Komentar